Lebih kurang seminggu yang lalu, penceramah selebriti, Dai Syed telah melangsungkan pernikahannya dengan pengacara cantik jelita, Hana Ismail selepas hanya sebulan berkenalan.
Meskipun jarak umur mereka agak jauh iaitu 9 tahun, dapat dilihat kedua-dua pasangan ini begitu cocok sekali bagai pinang dibelah dua.
Gurauan semasa unboxing hadiah kahwin
Semalam, merpati dua sejoli ini melakukan satu sesi live ketika unboxing hadiah kahwin yang mereka terima sewaktu majlis pernikahan mereka beberapa hari yang lalu.
Menerusi tangkap layar yang dimuat naik seorang pengguna di TikTok, dapat dilihat kedua-dua pasangan sejoli ini begitu romantis ketika sesi live tersebut meskipun pada awalnya mereka seperti malu-malu di hadapan kamera.
Biar dia kahwin satu, dengan saya sahaja – Hana Ismail
Dalam pada itu, selepas selesai melakukan sesi unboxing, Hana sempat berkongsi kisah percintaan mereka ketika mula kenal dahulu dan berpesan kepada Dai Syed agar memperisterikannya seorang sahaja.
Namun suaminya itu bergurau akan meminta izin kepada Hana terlebih dahulu sekiranya mempunyai ‘orang’ lain.
Dai Syed kemudiannya pantas memujuk Hana selepas wajah isterinya itu kelihatan sedikit berubah mendengar gurauan tersebut.
“sayu tengok air muka hana”-Netizan

Tertarik dengan sifat isteri
Menerusi laporan dari Gempak, Da’i Syed memaklumkan yang dia tertarik dengan Hana disebabkan sifat lemah lembut pengacara itu biarpun usia mereka berbeza hampir 9 tahun.
Dalam pada itu, pemuda berusia 27 tahun berkenaan juga mengatakan sifat lemah-lembut tunangnya itu banyak mempengaruhi dirinya yang agak ‘nakal’.
“Mungkin sifat dia yang buat saya terpikat. Walaupun usia kami beza 9 tahun tapi pemikiran kami sama cuma personaliti saja berbeza. Saya agak nakal-nakal sikit, dia pula lembut. Jadi, sifat dia tu mempengaruhi saya,” katanya.
kredit:omm
Apa kata anda? Kobgsikan bersama kami