Uncategorized

‘Terima kasih percaya abah kami’-Nurulhidayah Zahir Penghargaan, Sekali Keluar 10 Dalil Kenapa Zahid Diberi Jawatan TPM

Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengambil keputusan berasas dengan menamakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, sebagai Timbalan Perdana Menteri I.

Bekas Ketua Penerangan PKR Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, keputusan itu diambil sungguhpun wujud nada kemarahan dalam kalangan rakyat.

“Semasa sarapan di Parit 19 tadi (semalam), pelbagai reaksi diterima mengenai kabinet YAB Perdana Menteri @anwaribrahim khususnya perlantikan Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri yang rata-rata mengundang kemarahan.

“Namun, keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri tentunya berasas – ibarat kilat di dalam kilau, kabus di dalam hujan,” katanya menerusi ciapan di Twitter beliau hari ini.

BERIKUTĀ  PULA KELUAR 10 DALIL KENAPA ZAHID DIBERI JAWATAN TPM

1. Zahid ialah pemenang sebenar PRU15 tetapi dia berjasa kepada Anwar dan PH.

2. Zahid perlu diberi kuasa untuk mengawal pemberontakan Umno.

3. Zahid got balls. Dia cantas warlord-warlord Umno, dan dia sanggup kena charge sebab taknak bubar Umno.

4. Anwar dan Zahid ialah brothers. Dari zaman Yayasan Anda, Abim dan Umno lagi.

Cikgu dan Murid Berpisah Tiada

5. Dua kementerian wilayah dan luar bandar memang betul-betul strategic untuk beli jiwa orang Melayu Umno. Zahid pasti boleh utilize kelebihan ini.

6. Anwar tahu ketua-ketua bahagian Umno ni boleh dibeli dengan bagi projek saja. Masa undi percaya dan PAU nanti takkan diorang taknak sokong decision Zahid dan undi Zahid, kalau Zahid turun. Anwar pun duduk dalam Umno juga dulu. Gang dia pun masih berkuasa lagi.

9. Anwar tak b0doh. Anwar faham nak kawal Malaysia kena ada sokongan majoriti orang Melayu. Dia juga tahu, Dap pun tunggang dia je. Nak kuasa je. Takkan dia tak nampak diorang sanggup buang prinsip lawan penyamun demi dapat kuasa.

10. Zahid juga suggest kawan-kawan dia yang kalah seperti Dr. Zambery dan Tengku Zafrul untuk jadi menteri. Zambery akan jaga Perak, Zafrul akan jaga Selangor. Bijak tak Zahid?
Ini sekadar pandangan Uncle yang makan kiri kanan dan kawan semua orang.

Ahmad Zahid dipilih sebagai Timbalan Perdana Menteri I dalam kerajaan perpaduan dan beliau juga akan memegang portfolio Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.

Beliau yang juga Presiden Umno pernah menjawat jawatan itu sebelum ini di bawah kerajaan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Sementara itu, Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Datuk Seri Mukhriz Mahathir pula berkata, jika BN menyertai kerajaan bersama Perikatan Nasional (PN), Ahmad Zahid akan diberi peranan yang sama.

“Walaupun saya tidak bersetuju dengan pelantikan Ahmad Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri, saya pasti (Pengerusi PN, Tan Sri) Muhyiddin (Yasin) akan melakukan perkara yang sama jika BN berpihak kepadanya dan PN. Begitulah kuasa kleptokrat,” katanya dalam ciapan di Twitternya.

‘Terima kasih percaya abah kami’

“Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada abah kami,” kata Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid.

Nurulhidayah menzahirkan penghargaan itu menerusi hantaran di Instagram (IG) miliknya, awal pagi tadi susulan pelantikan bapanya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Menerusi hantaran itu, Nurulhidayah turut memuat naik gambar bersama bapa dan adiknya dengan kapsyen sebagai tanda kesyukuran ke hadrat Ilahi.

“Alhamdulillah atas kurniaan rezeki dari Allah buat kami malam ini (malam tadi).

“Perkhabaran yang paling baik buat kami sekeluarga, diterima sebagai ‘amanah tambahan’ dari Allah untuk memastikan abah sentiasa sihat dan tenang dalam menjalankan tanggungjawab yang baharu nanti.

“Allah Maha Baik. Semoga Allah permudahkan dan memberi kelancaran kepada kerajaan yang baharu ini dan diringankan dari ujian dan musibah yang berat. Amin,” tulisnya.

Menerusi hantaran sama, Nurulhidayah turut menyatakan peranannya dalam keluarga dan tidak kisah berdepan cemuhan masyarakat.

“Segala puji hanya bagi Allah. Kami hanya dua beradik perempuan daripada lima beradik.

“Kebetulan, kedudukan kami bergambar adalah gambaran kedudukan tugas kami dalam keluarga.

“Saya (Kak Long) akan menjaga benteng dari luar dan adik saya (anak kedua) akan menjaga dari dalam. Segala keperluan, kesihatan, makanan dan apa saja ‘internal affairs’ (hal dalaman) dia akan jaga.

“Itu sebab saya yang paling dikenali dan yang paling teruk kena hentam.

“Saya tak kisah kerana saya rasa berbaloi untuk saya ambil tugas menjaga ‘external affairs’ (hal luar) demi abah dan emak serta keluarga,” katanya.

Malam tadi, Anwar membuat pengumuman barisan menteri di bawah pentadbirannya dengan Ahmad Zahid yang juga Presiden Umno dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk juga dilantik sebagai Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.

Pelantikannya itu mendapat pelbagai maklum balas daripada netizen malah sudah tersebar khabar angin sebelum pengumuman mengatakan Ahmad Zahid akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri walaupun beberapa nama pemimpin lain disebut mengisi jawatan berkenaan sebelum ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *