Pelakon, Nad Zainal menunjukkan perkembangan positif setiap hari, namun masih diletakkan di bawah pemantauan doktor di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Artikel berkaitan : Dulu Ceria Sekarang Sunyi, Ungku Ismail Luah Rasa Rindu Pada Nad Zainal -‘Tipulah Kalau Cakap Saya Tiada Hati Cuma..’
Artikel berkaitan : Dirawat Dengan Dos Steroid Tinggi, Doktor Masih Cari Punca Pendarahan Berterusan Dalam Paru-Paru Nad Zainal
Artikel berkaitan : Kemungkinan Akan Ditidurkan, Nad Zainal Dirawat Di ICU Akibat Jangkitan Kuman Di Paru-Paru
Nad Zainal dah sedar
Di InstaStory, selebriti media sosial dan pelakon, Norreen Iman memaklumkan bahawa dia baru sahaja menerima panggilan video daripada pelakon Ungku Ismail yang ketika itu berada di Hospital di mana Nad Zainal dimasukkan.
Namun, apa yang membuatkan Norreen sebak adalah Ungku secara tiba-tiba menghalakan kameranya ke arah Nad yang dilihat tersenyum manis terbaring di atas katil.

Abang Ungku buat surprise dia call aku tunjuk muka Nanad (Nad Zainal). Nad dah bangun.
Dia tak bagi warning ke apa dia terus tunjuk muka Nanad. Nanad senyum!
Meskipun sudah sedarkan diri, Nad masih memerlukan rehat secukupnya kerana keadaan pelakon berusia 32 tahun itu masih lemah.
Dia nampak okay. Walaupun beberapa saat je aku terus menangis silent. Jadi terima kasih kepada mereka yang mendoakan terutamanya yang menghulurkan sumbangan sebab duduk kat ICU memang bukan murah-murah ya.
Di InstaStory