Pelakon dan pengarah terkenal, Syamsul Yusof masih mengambil pendekatan untuk kunci mulut mengenai dakwaan bernikah secara senyap dengan Ira Kazar.
Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Liyana Dedah Mesej Syamsul Yusof & Ira Kazar Dah Kahwin?
Isteri dua setuju tak?
Terbaru, pelakon Puteri Sarah Liyana dilihat bergurau dengan memuat naik video TikTok yang ditujukan kepada isteri nombor dua.
Dalam rakaman itu, aktres berumur 37 tahun menyatakan beberapa syarat yang perlu dipatuhi.
Orang lelaki nak bini dua tiga boleh. Bagi pitih (duit) RM10,000 tiap-tiap bulan. Banglo (sebutir) sebuah. BMW sebuah. Lepastu tak balik tak apa.
“Orang lelaki nak kahwin dua boleh, setiap bulan bagi duit RM10K, Banglo BMW sebiji. Kalau tak nak balik pun tak apa” kongsi Puteri Sarah menggunakan audio di tiktok loghat Kelantan
Dituduh nak harta suami

Selain itu, hantaran di Instagram Stories pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin turut mendedahkan dia dituduh ‘gilakan’ harta Syamsul.
Tegas pelakon drama Suri Hati, dia bersusah payah bekerja malah melancong bersama anak-anak juga menggunakan duit sendiri.
Terdahulu, Puteri Sarah memfailkan tindakan saman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur berserta dua aduan di pejabat agama terhadap wanita dikenali Ira yang didakwa mengganggu rumah tangganya.
Sekadar info, Puteri Sarah berkahwin dengan Syamsul pada 8 Mac 2014. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam serta Sumayyah.
Sementara itu, ibu Syamsul iaitu Datin Fatimah Ismail seakan-akan memberi bayangan tidak merestui jika anak lelakinya itu benar-benar bernikah dengan anak kepada pelakon veteran Kazar Saisi.
Fatimah menerusi Instagram miliknya berkata, perkahwinan Syamsul dan isteri, Puteri Sarah Liyana mendapat restu daripadanya dan suami, Datuk Yusof Haslam memandangkan itu pilihan anaknya.
“Perkahwinan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana mendapat restu keluarga sepenuhnya. Syamsul sendiri memilih Puteri Sarah sebagai permaisuri hatinya. Mereka dikurniakan sepasang cahaya mata,” katanya.
Menerusi Instastory pula, Fatimah berkata, restu ibu bapa itu penting dalam setiap perhubungan.
“Restu ibu bapa itu penting untuk doa yang berterusan,” katanya sambil berkongsi gambar perkahwinan Syamsul dan Puteri Sarah.
Fatimah berkongsi kenyataan itu dipercayai susulan khabar angin mendakwa Syamsul sudah berkahwin dengan Ira yang sedang hangat diperkatakan.
Sumber: Instagram @puterisarahliyana