Pendedahan pelakon dan penyanyi Bella Astilah ternyata mengejutkan ramai apabila memaklumkan ada seorang pelakon wanita cuba untuk mendekati suaminya malah mengaku tersuka dengan Aliff Aziz.
Memetik Harian Metro, Bella berkata dia merasakan ada yang tidak kena apabila pelakon wanita itu menghubungi suaminya hampir setiap hari.
“Saya juga menghubungi pelakon wanita terbabit dan dia juga sudah meminta maaf atas apa yang berlaku. Dia juga mengakui dirinya bodoh dan dia memang menyukai suami saya.
“Dia juga tidak berhenti menghubungi saya menerusi Whatsapp dan Direct Message (DM) dan memberitahu mahu berkawan dengan saya,” katanya.
Dalam pada itu, Bella berkata Aliff mengakui tentang gangguan orang ketiga itu dan mereka sudah pun menyelesaikan hal tersebut secara matang.
“Aliff sudah banyak berubah selepas buat ‘comeback’ dalam bidang seni berbanding dulu dan kami juga sudah berbincang secara matang untuk menyelesaikan isu terbabit.
“Pada masa sama, Aliff masih terbabit dengan penggambaran bersama pelakon wanita itu dan dia juga beritahu saya boleh datang menemaninya di lokasi penggambaran bila ada kelapangan.
“Saya juga tidak mahu pisang berbuah dua kali dan kejadian dulu berulang membabitkan rumah tangga kami. Aliff juga perlu menjaga reputasinya sekarang dan saya juga sayangkan rumah tangga kami dan tidak mahu ada masalah lagi,” katanya.
Selepas Nabila Huda hamun aktres penyondol, kali ini Sharnaaz pula tumpang geram… Minta ‘banned’ keluar TV
SEJAK pelakon dan penyanyi Bella Astillah mendedahkan seorang heroin drama yang tanpa segan silu mengaku menyukai suaminya, Aliff Aziz, ramai cuba menebak individu yang dimaksudkan.
Pendedahan tersebut juga menarik perhatian ramai terutama dalam kalangan selebriti yang turut melahirkan rasa geram dengan keberanian aktres tersebut cuba menyondol Aliff daripada Bella.
Menerusi hantaran di Instagram Story, aktor Sharnaaz Ahmad, 38, turut meluahkan rasa geram terhadap isu tersebut dan berpendapat pelakon berkenaan tidak sepatutnya dibenarkan terus berlakon disebabkan sikap buruk itu.
Tidak hanya menujukan kepada sebelah pihak, Sharnaaz berkata, baik lelaki atau perempuan, kedua-dua sepatutnya digam daripada terus muncul di televisyen sekiranya buat ‘hal’ di set penggambaran.

Sharnaaz minta pelakon ganggu rumah tangga kena ban.
“Setiap drama dia akan pergi kacau rumah tangga orang, memang mamposlah. Orang macam ini, baik lelaki atau perempuan patut kena ban dari berlakon dan keluar televisyen,” katanya.
Dalam pada itu, Sharnaaz ketika dihubungi mStar berkata, dia tidak pernah mempunyai pengalaman seperti itu dan apa diluahkan hanya sekadar pandangan secara umum.
“Saya tak terlibat dalam cerita ini,” ujarnya ringkas.
Sementara itu, pelakon Nabila Huda juga turut menyelar tindakan heroin berkenaan yang dikatakan bakal merosakkan namanya di dalam industri selain kerjayanya akan terjejas.
“Siapa perempuan itu? Yang shooting sekali dengan Aliff itu ke? Pelakon baru, kan? Meh sini aku ganyang dia, mengada ‘ter’ suka suami orang.
“Nak jadi pelakon ke nak jadi pel4cur di set? Itu antara salah satu sebab yang boleh merosakkan kerjaya awak sebagai pelakon.
Nabila Huda nak geram dengan heroin drama tersuka suami orang.
“Tak boleh nak kawal nafsu dan foksu bukan untuk berlakon tapi menyundal dekat set,” ujarnya.
Bukan itu sahaja, Nabila juga menasihati aktres berkenaan agar tetap fokus tanggungjawabnya sebagai seorang pelakon semasa di set penggambaran.
“Tolonglah, buang sikap nak jatuh cinta di set, tersuka ke, terlanjur ke, please lah! Fokus dengan apa yang awak buat. Jadi seorang pelakon yang bagus dan hebat. Bukan jadi pelacur yang hebat! Faham?,” tambahnya.
Terdahulu, Bella mengakui tindakan memuat naik hantaran di Instagram Story miliknya baru-baru ini memang ditujukan kepada aktres tersebut sebagai satu bentuk amaran agar tidak menggangu rumah tangganya.
Bella berkata, selain mengakui menyukai Aliff kepadanya, pelakon wanita tersebut turut mahu berkawan dengannya
SUMBER HARIAN METRO