Uncategorized

Anak Jins Shamsuddin Didakwa Palsukan Tanda Tangan arwah ayah bagi menjual tanah berharga RM2.75 juta. Ini Keputusan mahkhamah

KUALA LUMPUR: Anak Seniman Legenda, Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin iaitu Putera Hang Jebat, 36, berjaya mengetepikan dakwaan memalsukan dokumen Surat Wakil Kuasa membabitkan sebidang tanah seluas 0.265 hektar di Kampong Pasir, Gombak yang dibuat oleh dua abangnya, Jeffrey Jins dan Hang Tuah, tiga tahun lalu.

Jumaat lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan Surat Wakil Kuasa itu sah, seterusnya menolak tuntutan dibuat oleh Jeffrey dan Hang Tuah.

Putera Hang Jebat yang juga anak sulung arwah Jins menerusi perkahwinan ketiga bersama Puan Sri Halijah Abdullah, menyifatkan kemenangan itu dapat membersihkan nama ahli keluarganya termasuk arwah bapa, ibu dan adiknya, Putera Hang Nadim.

“Saya bersyukur membuktikan tuduhan Jeffrey dan Hang Tuah mendakwa saya memalsukan tandatangan arwah ayah ketika penjualan tanah seluas 0.265 hektar pada 2015 tidak benar.

“Kemenangan ini dapat membersihkan nama saya dan ahli keluarga yang tercalar selepas pelbagai fitnah serta maki hamun dilakukan dalam media sosial.

“Paling saya marah menggunakan media sosial untuk memaki hamun ibu, sedangkan saya tak pernah melakukan perkara sedemikian,” katanya kepada BH Online.

Putera Hang Jebat berkata, pertikaian mengenai penjualan tanah bernilai RM2.75 juta itu dibangkitkan Hang Tuah selepas pemergian arwah ayahnya.

Hang Tuah mendakwa, Putera Hang Jebat meniru tanda tangan arwah bapa bagi membolehkan proses penjualan tanah tanpa pengetahuannya.

“Dia mula menyimpan dendam selepas saya menegur tindakannya tidak menziarahi arwah ketika masih hidup.

“Sepanjang hayat arwah, dia langsung tidak pernah menjenguk atau bertanya khabar, apatah lagi menghulur wang belanja.

“Bila arwah meninggal dunia, dia hanya datang ke kubur dengan alasan ibu saya tidak menyukainya.

“Sebagai anak, tidakkah dia teringin mandi, kafan dan solat jenazah ayah,” persoal Putera Hang Jebat.

Hang Tuah mendakwa, Putera Hang Jebat meniru tanda tangan arwah bapa bagi membolehkan proses penjualan tanah tanpa pengetahuannya.

Hang Tuah mendakwa, Putera Hang Jebat meniru tanda tangan arwah bapa bagi membolehkan proses penjualan tanah tanpa pengetahuannya.

Menjawab isu pemalsuan tanda tangan, Putera Hang Jebat menjelaskan, proses menjual tanah dilakukan ketika arwah ayahnya masih sihat.

Namun, katanya, tanah berkenaan belum ditukar nama, jadi arwah menandatangani Surat Wakil Kuasa.

“Ramai keliru mengenai penjualan tanah ini. Ia dilakukan ketika arwah masih waras.

“Arwah sudah menyerahkan tanah berkenaan kepada saya, cuma belum ditukar nama. Ini kerana saya perlu mengisi borang 14a yang turut membabitkan kos guaman.

“Disebabkan masih belum tukar nama, jadi arwah perlu menandatangani Surat Wakil Kuasa. Itulah punca Jeffrey dan Hang Tuah menuduh saya meniru tanda tangan arwah.

“Namun, hasil pengesanan kimia dilakukan dengan membandingkan 10 tanda tangan milik arwah, mahkamah tidak mengatakan iya atau tidak, sebaliknya, tanda tangan sah milik Allahyarham Jins Shamsuddin,” katanya.

Putera Hang Jebat berkata, dia kesal Hang Tuah selama ini tidak pernah mengambil tahu mengenai arwah tiba-tiba menuntut hak sama rata ke atas tanah berkenaan.

“Saya bersama ibu dan adik menjaga arwah selama ini. Saya yang beli keperluan seperti ubat-ubatan dan menanggung adik masih belajar ketika itu.

“Dia tidak pernah ambil tahu pasal arwah tiba-tiba muncul mahukan hak sama rata. Apapun bersyukur, kemenangan berpihak kepada saya dan nama bersih kembali selepas fitnah dilemparkan kepada kami sekeluarga,” katanya.

Jeffrey adalah anak sulung hasil perkahwinan arwah dengan bintang legenda, Allahyarham Rahmah Rahmat. Manakala, Hang Tuah pula anak kedua arwah menerusi perkahwinan dengan Jamilah Shukor pada 1973.

kredit:bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *