Sebagai umat Islam, kita seharusnya memastikan daging yang dimakan adalah betul-betul halal dan tidak ada perasaan waswas
Sekiranya ada perasaan waswas tersebut, kita perlulah menyemak dengan lebih teliti dari mana datangnya sumber daging itu.
Seperti isu yang tular baru-baru ini di laman Facebook, seorang wanita berkongsi pengalaman anaknya termasak daging babi telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat posting itu di bawah:

Anak minta ayah tolong belikan lauk basah, sekali tak sangka hampir termakan daging babi
Menerusi perkongsian cerita daripada Cekta Hermosa, anak-anaknya meminta ayah mereka membeli lauk basah seperti biasa untuk dimasak bersama-sama di rumah.
Apa yang membuatkan dia terkejut adalah apabila anaknya tiba-tiba mesej dan bertanya daging apa yang dimasak kerana ia bertukar warna putih dan tidak seperti macam daging lembu biasa.
Wanita itu terus bertanya kepada kawan-kawan Cinanya dan alangkah terkejut bila mendapat tahu itu adalah daging babi. Kawan-kawannya juga melarang supaya mereka tidak makan daging tersebut.
“Semoga family sis dan anak-anak dipermudah kan. Kalau betul sengaja beli memang berdosa la bapak budak tu. Kalau salah tolong report cek penjual daging-daging mentah kat pasar” – Netizen
Susulan tularnya posting berkenaan yang kini telah meraih 2.2K likes, 2.5K comments dan 5.2K shares di laman Facebook, rata-rata netizen turut memberikan pendapat masing-masing mengenai isu tersebut.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Facebook:
Dah tanya Pemilik Kedai
“Assalamualaikum..
Hafizi Rahman anak kepada owner daging dah pun berhubung cekta, dan cekta dimaklumkan bahawa di market permatang pauh ada 2 peniaga melayu yg menjual daging dan ayah kpd Hafizi Rahman adalah satu2nya peniaga melayu yg menjual daging gantung..Dia bagitau cekta bahawa daging babi yg viral tu bukan dari kedai daging halal market permatang pauh milik ayahnya… Jadi tak pasti daging tersebut dibeli dari mana.. Ikut apa yg bekas suami kata, dari “penjual melayu market permatang pauh ” hanyalah tipu..
Hasil dari perbincangan tersebut dengan ini kami bersetuju utk selesai cara berdamai dan cekta secara terbuka memohon maaf kpd pakcik yg tersalah paham merasa seolah cekta menuduh beliau menjual daging tak halal yg sedang viral di medsos..sekaligus utk membersihkan nama pakcik dari terkait dgn isu tersebut..saya doakan moga rezeki pakcik Allah lipat gandakan dan doakan yg baik2 utk cekta dan anak2..
Semoga Allah limpahkan RahmatNya buat kita semua..Amin” kongsi Cekta Hermosa di FB
kredit: https://says.com/