Uncategorized

Baru Petang Tadi Syamsul Yusof Kahwin Dua, Sekali Ini Tindakan Janna Nick

PETALING JAYA – Selebriti versatil Janna Nick tidak berdiam diri apabila tampil mempertahankan rakan baiknya, Puteri Sarah dengan memuat naik beberapa hantaran berbaur hentaman yang dipercayai ditujukan kepada pengarah kontroversi, Syamsul Yusof.

Walaupun tidak menyebut sebarang nama, Janna berkongsi rasa berang apabila menyifatkan Syamsul sebagai seorang suami yang telah menganiya isteri yang juga ibu kepada dua orang anaknya.

Bahkan, pelakon dan juga penyanyi itu turut meminta agar Syamsul tidak menjadi munafik dan berhenti daripada memanipulasi perkara yang telah dia lakukan.

“Berhenti bermanipulasi. Jangan aniaya isteri yang merupakan ibu kepada anak-anak sendiri. Kalau dah tak cinta, lepaskan. Bukan gantung tak bertali.

“Jangan jadi munafik,” tulisnya.

Menerusi hantaran berbeza, Janna atau nama lengkapnya Nurul Jannah Muner, 28, turut berkongsi keadaan dan kepayahan yang dilalui Puteri Sarah dalam menguruskan anak-anak tanpa suami disisinya.

Janna Nick ajak netizen boikot Syamsul Yusof

“Saya sendiri bersamanya (Puteri Sarah) masa anak dia masuk hospital. Bapa dia mana? Lepas tangan. Bini itulah yang ke hulu ke hilir jaga anak.

“Hantar anak pergi sekolah. Balik sekolah seorang diri. Kau? Adakah kau fikir duit adalah segalanya?” jelas Janna.

Katanya lagi, dia tidak mempunyai niat untuk mencampuri urusan rumah tangga orang lain, namun berasa sangat marah apabila Syamsul telah menuduh Puteri Sarah sebagai isteri derhaka.

“Saya tidak akan masuk campur kalau kau diam. Dah kahwin, okay cukup. Jangan cakap dia (Puteri Sarah) derhaka.

“Kepada semua lelaki di muka bumi ini, jangan aniaya isteri. Paling teruk bila kau guna agama untuk tutup kesalahan kau,” luah Janna.

Dalam pada itu, pelantun lagu Gatal itu juga bersumpah untuk tidak didekati lelaki seperti itu walaupun ditawarkan dengan habuan wang tunai sebanyak RM100 juta.

“Maaf saya tidak boleh bersama lelaki seperti ini. Sumpah saya tidak boleh. Bagilah duit RM100 juta sekali pun, saya tetap tidak mahu,” jelasnya yang turut mengingatkan lelaki lain supaya tidak memijak perempuan.

Disebabkan rasa marah, Janna mengakui berasa sangat benci dengan Syamsul dan mengajak pengikutnya untuk memboikot lelaki tersebut.

“Saya sangat benci dia. Sebab itu saya lapor akaun Instagram dia. Jom sama-sama lapor dan boikot. Berani dia gunakan media sosial untuk memanipulasi dan aniaya isteri dia,” ujarnya.

Selepas sekian lama ‘drama’ rumah tangga antara Puteri Sarah dan Syamsul Yusof berlarutan gara-gara orang ketiga, industri seni hiburan hari ini dikejutkan dengan pengakuan daripada pengarah itu apabila mengakui telah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand, hari ini.

Syamsul atau nama sebenarnya Mohd. Syamsul Mohd. Yusof itu berkata, pernikahan bersama wanita yang selama ini dikaitkan sebagai orang ketiga dalam rumah tangganya bersama pelakon Puteri Sarah Liyana itu diwalikan oleh bapa kandung Ira, juga pelakon senior Kazar Saisi.

“Alhamdulillah, hari ini Ira Kazar telah sah menjadi isteri saya, sah di sisi syarak di sisi Tuhan,” dedah Syamsul dalam sebuah video Instagramnya.

Pengakuan tersebut sekali gus menafikan segala dakwaan mengatakan mereka telah bernikah sebelum ini adalah tidak benar.

Jelas pengarah Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu, mereka terpaksa memilih bernikah di Thailand atas beberapa faktor dan memudahkan urusan. Apa penting, pernikahan mereka didaftarkan dan mengikut cara yang sah.

Sehingga hari ini, Syamsul juga mengakui, masih bergelar suami kepada Puteri Sarah dan merayu wanita itu untuk pulang ke rumah bagi menyelesaikan kemelut mereka secara baik.

Rakan artis yang lain seperti Janna Nick, Lufya Omar, Uyaina Arshad dan ramai lagi turut memberi kata-kata semangat buat Puteri Sarah agar terus kuat menempuhi ujian rumahtangganya.

‘Terima kasih kerana mengaku, terima kasih kerana khianati dan putar belit fakta’ – Puteri Sarah Liyana

“Saya berterima kasih kepada Syamsul kerana akhirnya mengaku sudah berkahwin. Dalam masa sama, saya berterima kasih kerana mengkhianati saya dengan memutarbelit fakta sebenar apa yang berlaku. Tapi tak mengapa saya ada semua bukti membabitkan hubungan mereka. Jadi kita tunggu di mahkamah.”

Itu kata pelakon, Puteri Sarah Liyana susulan pendedahan video suaminya yang juga pengarah, Syamsul Yusof yang mengesahkan sudah berkahwin dengan Ira Kazar di Thailand, hari ini.

Puteri Sarah ketika ditemui berkata, sepatutnya Syamsul perlu bersikap lebih ‘gentleman’ dalam menangani isu rumah tangga yang disembunyikan sejak empat tahun lalu.

“Sebelum dia ajak saya balik rumah untuk berbincang saya nak tanya dia balik kenapa selama ini diam? Kenapa baru sekarang nak mempersoalkan? Dan siapa yang keluar rumah dulu?

“Kami serumah pun tak bercakap. Dia duduk terperap dalam bilik sedangkan isu dalaman rumah tangga sudah lama sejak saya tahu hubungan dengan wanita itu. Kenapa ketika itu dia tidak cuba berterus terang dan menyelesaikan masalah ini?

“Kenapa dibiarkan berlarutan sampaikan dah kahwin pun saya tahu dari media sosial. Kenapa tak hubungi atau cari saya di rumah keluarganya saja. Jangan cakap saya tak cari sedangkan dia ‘block’ nombor telefon saya sejak setahun lalu.

“Tolonglah saya merayu jangan bermuka-muka atau bersikap naif dalam isu ini. Kita sudah matang dan kamu sebagai ketua keluarga sepatutnya lebih bijak dalam menangani masalah yang kamu cari,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Puteri Sarah, tuduhan Syamsul mendakwa dirinya keluar rumah dan membawa anak-anak tanpa keizinannya adalah tidak berasas sama sekali.

“Kalau anak-anak boleh beri kenyataan di mahkamah, mereka akan mengatakan ayah mereka yang banyak kali keluar rumah dan tinggalkan kami. Malah, mereka juga selalu bertanya kenapa ayah selalu tidak ada di rumah?

“Saya tidak lari ke mana-mana. Saya ada di rumah mentua dan sesekali di rumah mak ayah saya. Anak-anak juga di situ. Kenapa tak datang? Pernah ke datang? Malah ketika kami nak menunaikan umrah tahun lalu, adakah patut dia minta keluarga mentua membawa anak-anak pergi berjumpa dengannya.

“Sepatutnya dialah yang datang ke rumah keluarga untuk berjumpa anak-anak. Selama ini bukan saya tak nak berbincang, malah keluarga juga sedaya upaya menasihatinya.

“Tapi dia sendiri yang mengambil pendekatan untuk melarikan diri dari masalah ini. Bila dah kahwin, baru nak cakap semua ini. Lelaki yang selalu guna kuasa veto dengan perkataan ‘masih suami’ tapi gagal dalam nafkah batin sehingga mengganggu kesihatan mental isteri inilah yang buat Islam nampak buruk di mata masyarakat bukan Islam,” katanya.

Menurut Puteri Sarah, disebabkan keputusan Syamsul berkahwin dengan Ira di Thailand, isteri barunya itu melanggar perintah injuksi seperti yang telah difailkan tahun lalu.

“Saya dah pernah tanya banyak kali sama ada nak berkahwin dengan Ira ataupun tidak, tapi dia tidak mengaku dan beberapa kali dia tidak mahu berkahwin dengan Ira.

“Kalau mengaku dari awal tidaklah saya perlu saya turun naik mahkamah dan pergi ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk membuat laporan terhadap gangguan yang dibuat oleh wanita itu.

“Sekarang ini isteri baru anda sudah menghina mahkamah dengan melanggar perintah injuksi. Apapun saya jumpa isteri baru anda di mahkamah,” katanya.

Terdahulu, Syamsul membuat pengakuan menerusi video di Instagram mengesahkan dia sudah bernikah dengan Ira di Thailand, hari ini.

Syamsul berkata, pernikahan itu berwalikan bapa Ira yang juga pelakon veteran, Kazar Saisi.

KOSMO! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *