Uncategorized

Bekas isteri mula buka mulut punca cer4i, “nampak Luqman Hafidz dengan wanita lain di Pulau Pinang”

SUSULAN Luqman Hafidz membuat pengakuan sudah bercerai, bekas isteri pelakon berkenaan iaitu Nurul Atiqah memberi bayangan punca perpisahan mereka pada Jun lalu disebabkan kehadiran orang ketiga.

Nurul Atiqah atau Nurul Atiqah Mat Apandi, 31, secara sinis turut mengucapkan terima kasih kepada Luqman atau Muhd Luqman Hafidz Muhd Fauzi, 31, dan seorang wanita kerana berjaya meruntuhkan rumah tangganya.

Malah dia turut mendoakan agar bekas suaminya dan wanita berkenaan berbahagia di atas penderitaan yang dialaminya.

“Alhamdulillah, terima kasih kepada Luqman dan Eryn kerana telah bersama-sama meruntuhkan rumah tangga saya.

Hantaran yang dimuat naik di Instagram.

“Semoga kalian bahagia di atas penderitaan dan kesedihan saya,” katanya.

Nurul Atiqah berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Sabtu.

Dalam pada itu, bekas isteri kepada pelakon Ola Bola ini turut memaparkan tangkap layar mesej diterima daripada netizen yang mendakwa pernah melihat Luqman di Pulau Pinang bersama wanita lain tahun lalu.

Dakwa individu tersebut, Luqman ke sana untuk bercuti dan dia dilihat bersama dengan seorang wanita yang tidak bertudung.

“Stay strong. Sebenarnya saya pernah nampak bekas suami awak dekat Pulau Pinang dengan perempuan lain. Sebelum awak update pasal homewreck tu. Rasanya tahun lepas.

“Dia beratur belakang saya masa beli nasi ayam. Tauke tu tanya datang shooting ke. Dia kata datang bercuti. Perempuan tu tak pakai tudung. Baru saya tahu dia dah berkahwin dan awak pula bertudung,” ujarnya.

Terdahulu, Luqman mendedahkan dia dan Nurul Atiqah bercerai secara baik di mahkamah namun tidak memperincikan butiran perpisahan mereka.

Luqman dan Atiqah mendirikan rumah tangga pada 20 Mac 2020 dan pasangan itu dikurniakan seoarang anak perempuan iaitu Eve Laura, 2, pada 6 Februari 2021.

kredit: mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *