Bekas Pensyarah Muzik Pula Komen Teknik Nyanyian Naim Daniel Buat Ramai Mula Nampak

Dendangan lagu Jampi dengan genre keroncong dibawa penyanyi, Naim Daniel dan sepupunya, Sissy Imann pada konsert minggu keenam program realiti, Famili Duo disiarkan di TV3, kelmarin adalah tepat.

Perkara itu dimaklumkan bekas pensyarah muzik dikenali sebagai Zakey Javis menerusi entri dalam laman sosial, Twitter miliknya.

Zakey berkata, nyanyian Naim pada malam konsert berkenaan jelas menggunakan teknik irama Melayu yang tepat iaitu ngandul dan cengkok.

“Sebagai salah seorang bekas pensyarah mengajar dua kelas keroncong yang Naim pernah hadiri (Malaysia Music IV dan Performing Group).

“Saya merumuskan gaya nyanyian keroncong Naim jelas penggunaan teknik ngandul dan cengkok semasa persembahannya,” tulisnya.


Bekas pensyarah muzik, Zakey Javis mempertahankan Naim menerusi entri yang dimuat naik dalam laman Twitter.
Sementara itu, Naim yang juga juara Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-34 pada 2020 menerusi lagu Sumpah turut memberi reaksi terhadap kenyataan gurunya itu dengan mengucapkan terima kasih.

“Certified (disahkan). Terima kasih cikgu,” tulis Naim ringkas.

Kelmarin, Naim bersama Sissy menerima kritikan pedas daripada juri program, Mas Idayu susulan nyanyian mereka dikatakan gagal menambat hati juri.

Lantaran itu, Sissy dilihat mengalirkan air mata atas pentas sebelum menyatakan kekecewaan dengan membatalkan perancangan untuk mengadakan majlis pelancaran album sulungnya secara besar-besaran.

Bagaimanapun, Mas menyifatkan apa yang dilakukan atas dasar tanggungjawab terhadap amanah diberikan oleh produksi, malah menjadi hasratnya melihat pasangan sepupu itu lebih berjaya.

Rakan artis marah, tapi netizen ‘back up’ Mas Idayu… Ramai sependapat Sissy Iman nyanyi tak sedap, rosak lagu Jampi

SEJAK beberapa hari lalu, nama penyanyi Mas Idayu meniti dibibir netizen yang tidak berpuas hati dengan kritikan pedas terhadap persembahan Sissy Imann dan Naim Daniel di minggu keenam program Famili Duo.

Mas atau Mas Idayu Mesnun, 51, yang bertindak sebagai juri tetap program tersebut memberitahu lagu nyanyian mereka iaitu Jampi didengari sangat kasar dan tidak sedap didengar seperti mana diharapkan.

Tidak hanya netizen, beberapa pemain industri seperti Datuk AC Mizal, Aubrey Suwito turut meluahkan rasa kurang senang dengan cara kritikan Mas Idayu yang sepatutnya dibuat dengan lebih berhemah.

Komen pedas tersebut turut membuatkan Sissy mengalirkan air mata sehingga mengambil keputusan untuk tidak melancarkan album terbaharunya yang dijangka berada di pasaran pada Februari ini.

Netizen sokong komen pedas Mas Idayu.

Sissy juga menganggap bidang muzik tidak lagi berpihak kepadanya selain memohon maaf kepada peminat disebabkan kegagalan memberi persembahan terbaik pada malam tersebut.

Disebalik kecaman diterima, seorang pengguna TikTok memuat naik semula video persembahan Sissy dan Naim sekali gus membuat ramai netizen mula menukar ‘tune’ dan bersetuju kritikan Mas Idayu.

Menerusi ruang komen video tersebut, ramai mengaku persembahan pasangan duo itu teruk malah ada menyifatkan Sissy seakan-akan membawa lagu seram.

“Memang sesuai Mak Idayu marah, kita dengar pun sakit telinga. Saya sokong Mummy tegur dia sampai menangis.

“Bila dengar balik macam lagu hantu pun ada… kalau tengah malam bawa kereta tempat sunyi dengar lagu ini. Tak ke seram?

“Kali ini aku sokong Mummy marah, suara Sissy memang unik sampai aku nak tolong tutup mulut dia.

“Ke laut dalam dia menyanyi, daripada nak bersimpati, dengar terus rasa marah,” antara komen netizen.

Persembahan Sissy Imann dan Naim Daniel di Famili Duo.

Malah ada turut menyifatkan persembahan mereka berdua telah merosakkan lagu Jampi nyanyian asal Hael Husaini itu.

Terdahulu, Mas Idayu menerusi kenyataan kepada mStar berkata, dia berharap Sissy dan Naim mengambil positif dengan kritikan yang diberikan kerana niatnya hanya untuk menjadikan mereka lebih baik baik.

Kata Mas Idayu, dia menegur kerana sayangkan mereka berdua dan melihat Sissy dan Naim mempunyai potensi besar sebagai penghibur.

“Kepada Sissy dan Iman, awak kenal Mummy,kan? Saya marah sebab saya sayang. Saya tahu mereka berdua memang berbakat besar,” katanya.

kredit: bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *