Uncategorized

Benda Dah Jadi, Syamsul Akhrnya Mohon Restu Ibu Bapa. Ini Reaksi Yusof Haslam

Berikut antra luahan Syamsul mengenai situasi yang berlaku ketika ini menerusi temubual eksklusif bersama Harian Metro.

Syamsul sudah berdepan dengan bapa, Datuk Yusof Haslam ibu, Datin Patimah Ismail?

Seperti yang kerap saya katakan dalam hantaran-hantaran video saya, ini adalah soal peribadi dan soal keluarga.

Saya sudah menonton video tangisan ayah dan saya sudah membaca komen-komen mama menerusi media sosial. Saya tidak pernah berniat untuk membelakangkan ayah dan mama.

Saya sedar keputusan saya ini tidak mudah mereka terima. Namun, seperti saya kata tadi ia adalah mengenai masa. Saya berdoa agar masa mengubat kami semua.

Saya akan mencuba sedaya-upaya untuk memujuk semula hati ayah dan mama. Saya tahu ia bukan mudah. Insya-Allah saya tidak akan pernah berhenti mencuba. Doakan.

Yusof Haslam tak mahu keruhkan lagi keadaan

Kuala Lumpur: Penerbit dan pengarah, Datuk Yusof Haslam mendoakan yang terbaik buat anaknya, Syamsul mengenai luahan hatinya seperti dilaporkan Harian Metro hari ini antaranya memohon restu daripada ibu bapanya berhubung perkahwinannya dengan isteri kedua, Ira Kazar.

Bagaimanapun, Yusof ketika dihubungi enggan memberikan sebarang komen berhubung isu berkenaan kerana mahu menjaga hati semua pihak dan enggan mengeruhkan lagi keadaan yang sedia tegang.

“Saya memilih untuk tidak mengulas apa-apa berhubung isu ini. Saya enggan mengeruhkan lagi keadaan. Cukuplah kenyataan yang diberikan saya sebelum ini mengenai perkara ini.

“Saya mendoakan yang terbaik dan tidak mahu komen lebih lanjut lagi demi kebaikan semua pihak,” katanya kepada Harian Metro.

Walaupun Yusof dilihat agak berdiplomasi berhubung konflik membabitkan anak dan menantunya itu, namun sedikit-sebanyak beliau turut kecewa dengan tindakan Syamsul itu.

Ibu tak restu, tak terima perkahwinan Syamsul Yusof

Kuala Lumpur: “Syamsul, jangan jadi munafik!”

Itu reaksi ibu kepada pengarah Syamsul Yusof, Datin Patimah Ismail susulan pendedahan anaknya yang mengesahkan sudah berkahwin dengan Ira Kazar di Thailand, hari ini.

Patimah ketika dihubungi berkata, dia mengetahui semua masalah dan konflik dalaman rumah tangga yang ditimbulkan anaknya sebelum semuanya tular di media sosial.

Menurutnya, dia juga tidak merestui dan reda dengan perkahwinan kedua anaknya itu.

“Saya tak reda dan tak terima (perkahwinan kedua Syamsul). Saya baru dapat tahu tadi selepas diberitahu oleh Syamsul. Tapi saya cakap tak reda dan tak izinkan. Dia beritahu saya selepas dia berkahwin,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam masa sama, Patimah mendedahkan pengarah filem Munafik itu menafikan menjalin hubungan dan sudah berkahwin dengan Ira.

“Sebelum ini dia tak mengaku. Dia bermati-matian cakap dia tak kahwin. Orang buat fitnah katanya dan mahu saman orang yang buat cerita.

“Namun, hari ini dia mengesahkan segalanya-galanya. Sekali lagi nak tegaskan, saya tak izinkan dan tak reda atas perbuatannya itu,” katanya.

Terdahulu, Patimah menerusi Instagram meluahkan perasaan memohon Allah memberikan yang terbaik terhadap dua cucunya yang juga anak Syamsul.

“Semoga Allah gantikan ‘Ayah’ yang lebih baik untuk cucu-cucu saya,” tulisnya.

Perkongsian ini menerima reaksi simpati dari pengikut agar doanya ini dimakbulkan.

Tidak kurang, ada yang mengucapkan terima kasih terhadapnya kerana menjadi mentua yang baik terhadap menantunya, Puteri Sarah Liyana.

kredit:hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *