Uncategorized

“Dah setahun Syamsul sekat” -Baru Sekarang Puteri Sarah Apa Syamsul Dah Buat Kat Dia Selama Ini

KUALA LUMPUR: Pelakon Puteri Sarah Liyana, 38, mendakwa suaminya, Syamsul Yusof sebagai lelaki pengecut apabila berani bersuara dalam media sosial selepas berkahwin dua dengan Ira Kazar di Thailand, semalam.

Menerusi video berdurasi lebih lapan minit dimuat naik dalam laman Instagram (IG), Puteri Sarah juga menganggap Syamsul penakut kerana memilih berkahwin di Thailand, bukan Malaysia.

“Syamsul lelaki pengecut, baru tampil membuat penjelasan dalam media sosial selepas berkahwin.

“Jika buat benda betul, kenapa nak bernikah di Thailand. Itu hanyalah tindakan lelaki pengecut.

Puteri Sarah beri bayangan Syamsul, Ira nikah secara senyap?
Mengaku sajalah, buat apa nak saman JAWI – Puteri Sarah

“Selain itu, tolong hentikan guna nama Allah kerana itu hanya akan menampak awak seorang munafik,” katanya dalam video berkenaan.

Puteri Sarah berkata, mulanya dia juga berbelah-bahagi ingin membuat penjelasan menerusi video, namun terdapat beberapa kenyataan Syamsul bercanggah hingga memaksanya menjelaskan kemelut berlaku dalam rumah tangga.

Puteri Sarah berpesan agar Syamsul menjalankan tugas bapa kepada anak-anak dengan baik.

Puteri Sarah berpesan agar Syamsul menjalankan tugas bapa kepada anak-anak dengan baik.

“Saya pelik baru beberapa hari lepas tidak mengaku berkahwin dan mendakwanya sebagai fitnah sehingga ingin menyaman Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

“Soalan pertama saya kepada Mohd Syamsul, awak kata baliklah berbincang. Saya hairan isu awak dan Ira sudah empat tahun berlaku.

“Malah, saya beri awak peluang selama empat tahun untuk bercakap, bukan empat hari atau empat bulan, tetapi awak tidak cakap apapun.

“Banyak kali saya tanya, adakah awak ingin berkahwin dengan dia? Tetapi, awak cakap tak nak. Bukan kepada saya, malah kepada ibu bapa dan sepupu pun awak cakap benda yang sama.

“Kenapa saya suruh awak berkahwin, sebab saya tidak mahu bersubahat dengan maksiat yang awak buat,” kata Sarah lagi.

Terdahulu, Syamsul dalam menerusi video dimuat naik dalam IG meminta Sarah supaya pulang ke rumah agar dapat berbincang secara baik.

Selain itu, Syamsul turut meminta isteri pertamanya itu berhenti daripada mengaibkannya dalam media sosial.

Bagaimanapun, Puteri Sarah menyelar kenyataan Syamsul, sebaliknya meminta suaminya berhenti menuduhnya membuka aib.

“Tolong jangan sesekali cakap saya buka aib awak. Awak tahu macam mana perasaan saya ketika waktu berpantang apabila melihat video awak bersama wanita itu?

“Awak tahu macam mana wanita itu mencabar saya dan mengganggu mak awak?

“Cakap pasal berbincang, macam mana saya hendak berbincang, sedangkan awak sekat nombor telefon saya?

“Malah, hingga hari ini, awak masih lagi sekat panggilan saya. Sekiranya awak menyah sekatan, bukankah kita boleh berbincang?,” katanya.

Kata Puteri Sarah, suaminya itu bukan tidak tahu dirinya dan anak-anak berada di mana, selama ini.

“Awak bukan tidak tahu saya berada di mana, lagi pun saya sering mengemas kini IG. Jadi, awak pastinya tahu di mana hendak mencari saya.

“Jika tidak di rumah ibu bapa awak, saya akan berada di rumah ibu bapa saya. Tetapi, kenapa bila hantar anak-anak, awak tidak mahu berjumpa saya untuk berbincang?

“Kalau tidak mahu bersemuka dengan saya, tidak mengapa. Awak boleh jumpa ibu bapa saya. Awak boleh berbincang dengan mereka sebagaimana ketika awak hendak mengambil saya sebagai isteri dulu,” kata Puteri Sarah.

Tambah Puteri Sarah, dia berulang-alik di rumah mentua dan ibu bapanya, sejak setahun lalu.

“Kenapa selama setahun ini saya tinggal bersama keluarga awak ataupun keluarga saya? Sebab saya perlukan ahli keluarga untuk membantu menjaga dan membesarkan anak-anak bersama saya.

“Awak tidak ada, tinggalkan saya dan anak-anak. Jadi, saya terkontang-kanting sendirian menjaga Syaikhul Islam dan Sumayyah.

“Saya juga tidak larat menjawab soalan mana ayah hingga terpaksa menipu anak-anak mengatakan awak bekerja.

“Jadi, kita selesaikan semua ini di mahkamah. Saya tidak mahu menjawab soalan Shaikhul dan Sumayyah seorang diri,” tegasnya.

Dalam video berkenaan, Puteri Sarah mendedahkan, mereka pernah berbaik tahun lalu, tetapi Syamsul tidak mengizinkannya menghebohkan perkara berkenaan.

Puteri Sarah mendakwa dia dan Syamsul pernah berbaik tahun lalu, tetapi suaminya tidak mengizinkan menghebohkannya.
Puteri Sarah mendakwa dia dan Syamsul pernah berbaik tahun lalu, tetapi suaminya tidak mengizinkan menghebohkannya.
Namun, katanya, baru sekarang dia faham kenapa suaminya berbuat demikian.

“Awak kembali kepada saya, tahun lalu. Tetapi, awak minta jangan beritahu sesiapa. Rupanya, awak takut dengan pihak sana, jadi sekarang barulah saya faham.

“Masa saya keluar rumah pada 2020, awak tentu ingat Mohd Syamsul kenapa saya keluar? Tetapi, saya tidak mahu bercerita sekarang sebab takut membuka aib, kita cerita di mahkamah nanti,” katanya.

Dah setahun Syamsul sekat panggilan – Puteri Sarah

Macam mana nak bincang, dia dah ‘block’ (sekat) nombor telefon saya sejak setahun lalu,” kata pelakon, Puteri Sarah

Sementara itu, Sarah sempat berpesan kepada suaminya agar menjalankan tanggungjawab sebagai bapa yang baik kepada anak-anak.

“Sebagai ayah, awak sepatutnya menjalankan tanggungjawab bersama saya untuk menjaga anak-anak. Tak mengapa awak tidak jalankan tanggungjawab sebagai suami, tetapi tolong jalankan tanggungjawab sebagai ayah,” katanya.

Sarah turut mengingatkan Syamsul mengenai perintah injuksi dan menghina mahkamah tetap diteruskan, justeru mohon doa orang ramai buatnya.

Terdahuu, pergolakan rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul berlarutan sejak empat tahun lalu selepas Ira didakwa mengganggu mereka sejak 2019.

Kemelut rumah tangga mereka makin memuncak apabila tidak tinggal sebumbung sejak tahun lalu.

Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul dan Sumayyah.

kredit:bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *