Uncategorized

FadBocey Kena Ganggu Dgn Wanita Lain. Isteri Fad Tunjuk Gambar Apa Yg Wanita Itu Hantar Untuk G0daFad

KETIKA netizen hangat memperkatakan mengenai kemelut rumah tangga membabitkan pelakon Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof, isteri kepada pelawak Fad Bocey iaitu Syaheera Rahman turut mendedahkan suaminya diganggu seorang wanita baru-baru ini.

Cerita Syaheera atau Nur Syahirah A. Rahman, wanita itu cuba menggoda suaminya dengan menghantar mesej dan foto tidak senonoh menerusi laman Instagram.

Cubaan itu bagaimanapun tidak berjaya kerana dia sendiri membaca dan membalas mesej tersebut.

Syaheera berang Fad terima mesej tak senonoh dari wanita tak dikenali.

“Dia dm (direct message) suami kita gambar tersembul lepas itu unsend. Awak jumpa laki saya dekat TV3 pun awak boleh buat apa? Geng taste laki orang eh? Nak cuba-cuba.

“Awak mungkin tak kenal saya tau. Kalau orang cakap singa itu ganas, saya punya tahap lagi atas dari itu. Tak payah nak buat tersend dengan harapan laki saya buka tengok lepas itu taste dekat you. Dia tak taste!” katanya menerusi Instastory.

Bersama perkongsiannya itu, dia turut memuat naik paparan skrin mesej dihantar wanita berkenaan.

Individu itu bagaimanapun dipercayai telah menyahaktifkan akaun miliknya setelah ‘disekolahkan’ oleh Syaheera.

Susulan insiden itu, Syaheera meminta agar orang ramai terutamanya isteri lebih berhati-hati selepas ini kerana wujud wanita yang suka mendekati suami orang.

“Apa pun cuma berhati-hatilah para isteri. Suami elok ke tak elok ke perempuan-perempuan perangai tak elok ini takkan kisah.

“Selalu periksa suami awak. Kita isteri selalu ada deria rasa dan bau kalau perempuan itu jenis gedik suka test market. Apa yang kita boleh buat selalu ingatkan suami kita. Semoga sentiasa dia ingat,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Syaheera turut meluahkan rasa syukur apabila orang sekeliling memaklumkan pada dirinya bahawa Fad seorang yang tidak mudah terpengaruh dengan wanita lain.

“Macam Fad, Alhamdulillah ramai selalu cakap saya jangan risau dia bukan jenis sembarangan layan orang tapi yang buat kita kena lebih berhati-hati adalah perempuan yang suka test laki orang. Kurang ajar betul masa isu panas inilah dia cuba kita pula,” ujarnya.

Minta isteri di luar lebih berhati-hati dengan wanita test suami orang.

Untuk rekod, Fad dan atau nama sebenarnya Muhammad Fazlie Mohd Nizam dan Syaheera telah mendirikan rumah tangga pada 14 Mac 2015.

Pasangan ini dikurniakan empat orang anak iaitu Favian Adrazin Hayyan, Favian Adrazin Zayyan, Nur Aminah Mishall dan Ibrahim Jibriel.

Sumber : MSTAR ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *