Hiburan

“Faham bahasa Inggeris tak?” – Chef Wan kongsi perkembangan terkini Ibu buat ramai mendaoakan

CEF selebriti terkenal, Datuk Redzuan Ismail atau Chef Wan menafikan laporan berita mendakwa ibunya Noraini Abdullah atau Cik Ani telah meninggal dunia pada malam Rabu.

Menurut Chef Wan, 64, laporan berita itu tidak benar dan mungkin portal berkenaan tidak memahami bahasa Inggeris yang ditulis olehnya di Instagram.

“Adakah mereka baca dan dapatkan fakta sebenar?

Bacaan surah Yasin oleh kaum keluarga di hospital.

“Ini pun sama (laporan berita), mereka faham bahasa Inggeris tak?,” katanya.

Chef Wan mengulas mengenai berita palsu itu menerusi satu hantaran dimuat naik di Instagram.

Sebelum itu, Chef Wan berkongsi keadaan terkini ibunya yang dilaporkan sudah semakin tenat.

Chef selebriti itu memaklumkan ahli keluarganya sempat membacakan bacaan Yassin susulan tahap kesihatan Cik Ani yang semakin merosot.

Kenyataan yang dibuat menimbulkan kekeliruan dalam kalangan peminat kerana ada yang menganggap bahawa ibunya sudah meninggal dunia

“Kami baharu selesai membacakan surah Yasin beberapa kali bersama keluarga dan sahabat rapat, ekoran keadaan ibu yang tidak begitu baik.

“Saya bersyukur dia tidak kelihatan sakit tenat seperti yang selalu saya lihat pada individu ketika nazak,” ujarnya.

Dalam pada itu, Chef Wan turut berkongsi perancangannya untuk menjalankan upacara pengembumian Cik Ani di Cyberjaya sekiranya sudah meninggal dunia.

Adakah mereka baca dan dapatkan fakta sebenar?

Kata Chef Wan, dia tidak akan mengebumikan Cik Ani di Sungai Koyan selepas mendapat persetujuan keluarga bagi memudahkan urusan pengurusan jenazah kelak.

“Semua urusan pengebumian telah dibuat di Cyberjaya apabila tiba masanya untuk ibu berehat.

“Kami tidak akan mengebumikannya di Sg Koyan kerana ia lebih mudah untuk menguruskan jenazahnya selepas berbincang dengan keluarga,” katanya.

Terdahulu, Chef Wan memberitahu perkembangan terkini kesihatan ibunya yang sedang sakit tenat di Hospital Gleneagles, Ampang, Kuala Lumpur.

Jelas Chef Wan, dia kini berada dalam keadaan berjaga-jaga dan tidak mampu melelapkan mata kerana bimbang ibunya pergi ketika sedang tidur

kredit: mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *