Hiburan

Hadir Temani Kakak Ke Mahkamah, Kelibat Adik Puteri Sarah Tarik Perhatian Ramai. Rupanya Ini Pekerjaan Dia

Puteri Sarah Liyana menegaskan ahli keluarga terutama ibu bapa kandungnya tidak lantang bersuara mengenai kemelut rumah tangganya kerana faktor kerjaya dalam bidang profesional.

Menyedari persoalan orang ramai tentang keberadaan ahli keluarga ketika dirinya bergelut mempertahankan rumah tangganya sebelum ini, Puteri Sarah berkata, doa tetap mendapat sokongan daripada keluarga sendiri biarpun tiada ‘bunyi’ seperti yang dilakukan pihak mentua.

“Selama ini orang tertanya-tanya di mana keluarga saya.

“Sebenarnya mereka ada tetapi disebabkan kerjaya, mereka tidak boleh ke depan,” katanya kepada Kosmo! Online ketika ditemui di perkarangan Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan di sini semalam.

Adik Perempuan Doktor, Adik Lelaki Konsultan

Semalam, Puteri Sarah turut memperkenalkan dua adiknya iaitu Puteri Sofia dan Megat Imran yang hadir menemaninya kepada pihak media.

“Ini adik perempuan kedua saya, Puteri Sofia ialah seorang doktor. Tak akanlah seorang doktor yang lantang bersuara.

“Kemudian, Megat Imran pula seorang konsultan pengurusan material.

“Profesion mereka tidak membolehkan untuk lantang bersuara seperti pihak belah sana tetapi saya tetap gembira ahli keluarga hadir untuk beri sokongan,” kongsi pemilik nama penuh Puteri Sarah Liyana itu ketika hadir di Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan memfailkan perceraian terhadap suaminya, Syamsul Yusof.

Adik beradik perempuan Puteri Sarah

Kesemua empat adik beradik Puteri Sarah

Ibu, adik lelaki dan ayah.

Puteri Sarah kunci mulut soal masih sayang Syamsul atau tidak

“Saya enggan jawab pertanyaan itu.” Itu reaksi pelakon Puteri Sarah Liyana yang memilih untuk mengunci mulut sama ada dirinya masih menyimpan rasa sayang terhadap suaminya yang juga pengarah Syamsul Yusof.

Puteri Sarah berkata, kelmarin Syamsul ada menghubungi dan mengajaknya berbincang mengenai tuntutan cerai yang difailkan di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, semalam.

Bagaimanapun Puteri Sarah tidak dapat berkongsi butiran terperinci mengenai mesej yang dihantar anak penerbit Datuk Yusof Haslam itu.

“Syamsul ada hantar mesej menerusi aplikasi WhatsApp untuk ajak berjumpa dan berbincang. Tetapi, saya tidak jawab.

“Tunggulah, mungkin (jawab) selepas ini. Sebelum ke sini (Mahkamah Syariah Kuala Lumpur), Syamsul beri kata-kata terakhir, tetapi saya tak boleh kongsi butirannya,” katanya.

Kemelut rumah tangga pasangan popular tersebut audah berlarutan sejak empat tahun lalu dan meledak apabila Syamsul mendedahkan sudah bernikah dengan isteri keduanya, Ira Kazar di Thailand pada 6 Januari lalu.

Sekadar info, pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, serta Sumayyah kini berusia 3 tahun

kredit: kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *