Hiburan

“I love You Kazar”-Gadis Ini Mahu Jadi Ibu Tiri Ira Kazar, Rupanya Ini Pekerjaan Dia

Nama isteri kedua kepada pengarah dan pelakon terkenal, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar terus menjadi bualan netizen di media sosial setelah dikatakan telah melangsungkan perkahwinan bersama Syamsul di Thailand berwalikan bapanya, Kazar Saisi yang juga merupakan seorang pelakon veteran.

Mahu Jadi Ibu Tiri Ira Kazar?

Terkini, seorang influencer yang dikenali sebagai Puteri Sari mencuri perhatian netizen selepas berkongsi video di TikTok yang memaparkan dirinya sedang memegang cincin bersama foto Kazar serta mengenakan dres sequin labuh berwarna nude.

“I love You Kazar .”-Kapsyen Puteri Sari di TikTok

“Dia Nganjing Stoking Ira Kazar Ke Tu”

Di ruangan komen, rata-rata netizen dilihat memberikan pelbagai reaksi mereka berhubung video Puteri Sari, malah ada yang turut menitipkan sokongan buat influencer ini untuk menjadi isteri kedua Kazar Saisi.

“Dia nganjing stoking Ira Kazar ke tu hahaha.”

“Banyak-banyak konten dia buat, ni first time aku sokong HAHAHA.”

“Cantk macam ni takkan Kazar nak tolak .”

“Okay kalini aku sokong dia HAHAHA.”

“Dah jadi mak tiri Ira jangan lupa kaw-kaw buli.”

“Kuat nganjing hahaha.”

Sekadar info, Syamsul Yusof telah membuat pengumuman di Instagram bahawa dia baru sahaja mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama Ira Kazar di Thailand. Pernikahan tersebut turut berwalikan bapa Ira, Kazar Saisi yang juga merupakan seorang pelakon veteran.

Biodata Kazar Saisi, Bapa Ira Kazar Yang Dikaitkan Dengan Isu Kahwin Syamsul Yusof, Puteri Sarah Liyana

Siapa Kazar Saisi? Kazaruddin Saisi atau lebih dikenali sebagai Kazar merupakan seorang selebriti Malaysia yang pernah meledak dengan single hit berjudul Memburu Impian yang menjadi lagu tema dalam filem Gila-Gila Remaja.

Selain menyanyi, anak jati Kampung Jeram, Perak ini turut mencipta nama sebagai seorang pelakon.

Biodata

Nama penuh: Kazaruddin bin Saisi

Nama komersial: Kazar, Kazar Saisi

Umur: 64 tahun (2023)

Tarikh lahir: 28 April 1959

Tempat lahir / Asal: Kampung Jeram, Perak

Keluarga: Lapan orang adik beradik

Kerjaya: Pelakon, Penyanyi

Instagram (IG): @kazar35

Latar Belakang

1. Anak kepada pasangan Arwah Saisi (bapa), bekas Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bidor dan Arwah Halimah Hj Mohd Hassan (ibu).

2. Adik beradik Kazar terdiri daripada, Sabariah, Sabaruddin (arwah), Salihuddin, Azammuddin, Norhayati, Nordin dan Kamarulzaman.

3. Muncul dalam beberapa siri televisyen, telefilem dan filem. Antara drama dan telefilem popular yang dilakonkannya ialah Chempiang, Tentang Bulan the Series, Abang Bomba I Love You, Adam Chempaka, Kampong Pisang Bersiri-siri, 7 Hari Mencintaiku 3, Sutun, Momok 3 dan Rock Sangkut, selain turut berlakon di skrin besar dalam filem 9 September, Jangan Tegur, 18 Puasa Di Kampong Pisang, Kampong Pisang Berbuah Dua Kali, Abang Long Fadil 3 dan banyak lagi.

4. Menghasilkan album studio berjudul Ani pada 1984 dan Kerana Urusan (1985). Antara lagunya yang menjadi siulan orang ramai ialah yang berjudul Kali Pertama Kasih Ku Bersemi, Memburu Impian, Tiap Waktu Terluang, Tidak Kesampaian, Bunga Kasih dan Tunangku Kekasih Orang.

Fakta Menarik

1. Namanya diperkenalkan kepada peminat dunia hiburan tanah air pada tahun 1984.

2. Profil kejayaan yang diraihnya termasuklah pernah dianugerahkan gelaran Pelakon Komedi Lelaki Terbaik TV pada Anugerah Lawak Warna 2014 dan Anugerah Sri Angkasa 2016.

3. Pengikutnya melebihi 511,000 di media sosial, Instagram (IG).

4. Beliau berkahwin dengan pasangannya, Rashidah Latiff dan dikurniakan lima orang anak — Melor Hariante, Yasmin Mariante, Elya Amirul Naim, Faghirah Fatini Kazaruddin (Ira Kazar) dan Adam Amirul Latiff.

kredit: murai.com,  https://iluminasi.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *