Individu yang didakwa mengganggu rumah tangga pelakon Puteri Sarah dan suaminya yang juga pengarah, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar difahamkan akan ditahan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).
Memetik Harian Metro, sumber mengatakan tindakan berkenaan dibuat selepas Ira yang juga anak kepada pelakon Kazar itu dipanggil bagi membantu siasatan berhubung tindakan saman yang difailkan Puteri Sarah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di pejabat agama terhadap wanita itu pada 18 Ogos lalu.
Ira disiasat berdasarkan Seksyen 38 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997. Ia berkaitan menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan.
Ia membabitkan mana-mana orang yang menghasut, memaksa atau memujuk mana-mana orang lelaki atau orang perempuan supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan dan tanggungjawabnya sebagai suami atau isteri adalah melakukan suatu kesalahan.
Jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Sementara itu, menurut Harian Mentro, usaha untuk mendapatkan kenyataan daripada pihak Jawi tidak berjaya.
Terdahulu, akhbar ini pada 20 Ogos lalu melaporkan Pengarah Jawi, Datuk Mohd Ajib Ismail mengesahkan Ira Kazar hadir memberi keterangan berhubung gangguan orang ketiga dalam rumah tangga.
Puteri Sarah bincang dengan peguam, mahu saman Ira Kazar RM10 juta?
Pelakon Puteri Sarah Liyana mendakwa isteri baharu suaminya, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar telah melanggar perintah injunksi dan menghina mahkamah.
Sarah atau nama penuhnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berkata demikian selepas berbincang dengan peguamnya, sebaik Syamsul mengesahkan sudah selamat bernikah dengan Ira di Thailand.
“Baru berbincang dengan peguam saya @syamsulyusoffilm, isteri baharu awak dah langgar perintah injunksi dan menghina mahkamah,” tulisnya menerusi satu hantaran di InstaStory.
Kali kedua langgar perintah?
Pada masa sama, pelakon berusia 37 tahun itu sekali gus seolah-olah memberi bayangan mahu mengambil tindakan saman sebanyak RM10 juta berikutan pihak defendan melanggar perintah injunksi tersebut.
“Jadi bolehlah saya saman RM10 juta pula ya. Jumpa anda berdua di mahkamah,” katanya lagi.

Pada November lalu, Puteri Sarah memaklumkan salah seorang ahli keluarga Ira telah melanggar perintah injunksi interim kerana mengeluarkan kenyataan dengan mengaitkan namanya di media sosial.
Sebelum ini, Syamsul yang juga pengarah filem mahu mengambil tindakan undang-undang berbentuk saman terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sebanyak RM10 juta.
Syamsul berkata, ia kerana pihak Jawi didakwa mengeluarkan satu kenyataan fitnah terhadap keluarganya bahawa dia sudah bernikah lagi.
Hari ini, Syamsul akhirnya mengakui telah menikahi Ira yang juga anak kepada pelakon veteran Ira Kazar secara sah di Thailand menerusi satu perkongsian video di laman Instagram.
Sumber: Harian Metro