PENGARAH filem kontroversi, Syamsul Yusof mengesahkan sudah menikahi pelakon Ira Kazar di Thailand.
Syamsul yang juga sutradara filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan berkata, pernikahan dengan Ira berwalikan ayah mertuanya yang juga pelakon terkenal, Kazar Saisi.
Pernikahan itu juga, ujar Syamsul, sudah didaftarkan dengan pihak berkuasa di Malaysia.
“Jangan Salah Orang,” – Takut Keliru! Ira Kazar Jelaskan Ada Satu Akaun Tik Tok Saja
Sebelum ini, Pelakon Ira Kazar menjelaskan dia hanya mempunyai satu sahaja akaun Tik Tik, @irakazar.
Ira yang juga anak kepada pelakon popular, Kazar Saisi bagaimanpun turut mengakui dia tidak begitu aktif memuat naik perkembangan menerusi aplikasi sosial itu.k

“Jangan Salah Orang,” – Takut Keliru! Ira Kazar Jelaskan Ada Satu Akaun Tik Tok Saja“Jangan Salah Orang,” – Takut Keliru! Ira Kazar Jelaskan Ada Satu Akaun Tik Tok
Saja“Jangan Salah Orang,” – Takut Keliru! Ira Kazar Jelaskan Ada Satu Akaun Tik Tok Saja
“Ayy guys! This is my one & only TikTok account. Yang lain semua definitely not mine. Jangan salah orang kay.
“Yes memang tak active pun sebab | pemalas so I malas update lol,” terang Ira menerusi Insta Stories, pada Rabu.
Sedikit info mengenai Ira Kazar
Ira kazar adalah seorang anak artis dan penyanyi terkenal di Malaysia iaitu Kazar Saisi. Beliau berumur 27 tahun pada tahun 2023. Beliau berasal dari Kampar Perak, Malaysia dan merupakan anak kepada pasangan Kazaruddin Bin Saisi dan Rashidah Latiff. Beliau mula dikenali di dunia hiburan apabila terlibat dengan Pengarah Terkenal Syamsul Yusof.
Ira Kazar merupakan anak ke-4 daripada 5 adik beradik beliau. Nama penuh Ira kazar adalah Faghirah Fatini Binti Kazaruddin.
Ira Kazar juga terkenal dengan kecantikannya dan sering muncul dalam portal-portal berita tempatan popular di Malaysia. Beliau juga aktif dalam media sosial dan mempunyai banyak pengikut di Instagram. Beliau sering memuat naik foto-foto cantik dan video-video hiburan ke akaun Instagramnya yang menarik minat ramai pengikutnya.
Sudah tentu, Ira Kazar merupakan seorang yang sibuk dengan pelbagai aktiviti di dunia hiburan dan perniagaan. Namun, beliau juga dikenali sebagai seorang yang penyayang dan sering membuat sumbangan kepada kebajikan masyarakat. Beliau adalah contoh yang baik bagi rakyat Malaysia yang menunjukkan bahawa seseorang boleh berjaya dalam pelbagai bidang dengan usaha yang gigih dan dedikasi yang tinggi.
Adik beradik ira kazar
Melor Hariante
Yasmin Mariante
Elya Amirul Naim
Fahghirah Fatini (Ira Kazar)
Adam Amirul Latiff
Sebelum ini, pergolakan rumah tangga Puteri Sarah dan suaminya, Syamsul Yusof telah berlarutan sejak empat tahun lalu.
Sehubungan itu, Puteri Sarah mengakui tidak lagi tinggal sebumbung dengan Syamsul yang dikahwininya sejak 2014.
Terdahulu, Syamsul akhirnya mengakui bernikah buat kali kedua dengan Ira Kazar di Thailand, hari ini.
kredit: mhiburan