Sah Alam pada awal bulan ini.
Walau bagaimanapun, hasil siasatan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor memaklumkan tiada unsur jenayah dalam kejadian keb4akaran berikut.
Tiada unsur jen4yah
Timbalan Pengarah JBPM Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata bahawa proses siasatan bagi kes itu sudah berada di peringkat akhir sebelum dilengkapkan.
Setakat ini, siasatan yang dilakukan tidak menemui unsur jenayah. Namun laporan siasatan sedang dilengkapkan dan dijangka selesai dalam masa terdekat.
Tambahan, kejadian kebak4ran itu dipercayai berpunca daripada litar pintas yang berlaku di tingkat satu bahagian pakaian lelaki.

Gedung pakaian ini musnah dalam kebakaran ketika jendela tahun baharu membuka tirainya pada Ahad. Gambar kecil: Mohamed Nizam Mohamed Jakel
Rugi ratusan juta ringgit, pemilik Jakel pasrah dan reda
Pemilik gedung tekstil terkemuka, Jakel cawangan Shah Alam di Seksyen 7 di sini, menanggung kerugian ratusan juta ringgit apabila gedung tersebut musn4h dalam keb4karan pada Ahad.
Keb4karan berlaku ketika jendela tahun baharu membuka tirainya itu turut menyebabkan bangunan bersebelahan gedung berkenaan mengalami kerosakan berikutan api merebak dengan cepat.
Ketua Pegawai Operasi Jakel, Datuk Mohamed Nizam Mohamed Jakel, berkata, dia menerima panggilan kira-kira jam 6.45 pagi dan masih berada di kediamannya di Kuala Lumpur sebelum dimaklumkan kedainya terbakar.
“Saya dan adik bergegas ke Shah Alam dan sebaik tiba di lokasi kami melihat keadaan kemusn4han bangunan agak teruk dan tidak sempat hendak selamatkan apa-apa di bahagian berkenaan.
“Kami reda dengan ketentuan Ilahi kerana setiap perkara berlaku ada kebaikan akan datang, rahsia itu tiada siapa tahu, jadi saya pasrah dan reda,” katanya kepada Sinar Harian ditemui di lokasi pada Ahad.
Dalam pada itu, Mohamed Nizam berkata, pihaknya bersyukur kerana kejadian berlaku ketika gedung pakaian itu belum mula beroperasi dan tiada pekerja yang berada di dalam bangunan berkenaan.
Menurutnya, Jakel juga berterima kasih kepada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat yang membantu walaupun perusahaan keluarganya musn4ah kerana dapat menyelamatkan kedai yang berdekatan.
“Kita masih belum dapat menganggarkan jumlah kerugian yang ditanggung namun kerugian kali ini amat besar apabila barang yang disimpan di setiap lima aras bangunan boleh dikatakan musnah.
“Jakel Shah Alam digerakkan oleh 500 kakitangan dan kami memberi jaminan nasib pekerja akan dijaga dan mereka juga akan menerima gaji seperti biasa walaupun gedung pakaian ini musnah,” katanya.
Kredit: Harian Metro