Uncategorized

Khabar duka buat Pelakon dan Pengarcara terkenal.Al Fatihah

PELAKON dan pengacara, Raffi Ahmad baharu sahaja kehilangan neneknya Hanifah Darma, 88, atau lebih dikenali sebagai Mamih Popon pada Sabtu.

Raffi atau Raffi Faridz Ahmad, 35, memberitahu neneknya meninggal dunia pada 31 Disember 2022, pukul 4.01 petang waktu Indonesia.

Aktor itu turut menitipkan doa buat Allahyarham neneknya supaya diampunkan segala dosa dan salah silap yang pernah dilakukan.

Selesai menguruskan jenazah di tanah perkuburan Bandung.

“Innalillahiwainailaihi raajiun.. Nenek saya hanifah Darma (Mamih Popon) telah meninggal dunia pada pukul 4.01 petang, Sabtu 31 Disember 2022.

“Semoga Allah mengampunkan segala dosa dan kekhilafannya. Insya Allah nenek akan disemadikan di tanah perkuburan di Bandung,” katanya.

Raffi berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Selebriti Indonesia itu turut berkongsi video momen terakhir dia dan keluarga bersama Allahyarham neneknya sebelum disemadikan pada petang Ahad.

Raffi dilihat memuat naik video mencium neneknya dan turut membantu urusan menguruskan jenazah hingga ke liang lahad.
Ucapan takziah yang diterima daripada rakan selebriti.

“Saya hantar untuk kali terakhir hingga ke liang lahad Mamih Popon,” ujarnya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti termasuk Baim Wong, Atta Halilintar, Melly Goeslaw dan Luna Maya turut berduka cita dan mengucapkan salam takziah.

“Innalillahiwainailaihi raajiun, turut berduka cita dari saya dan keluarga. Semoga Mamih Popon dihapuskan segala dosa dan diterima amal ibadahnya.

“Salam takziah, turut berduka cita sedalam-dalamnya. Al-Fatihah,” tulis mereka.

kredit:mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *