Hiburan

‘Macam Mana Boleh Lepas LPF’-Netizen Terkejut Tonton Babak Pan4s Trailer Filem Pulau, Ini Reaksi Pihak FINAS

KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) tidak bertanggungjawab memberikan kelulusan tayangan filem bergenre seram, Pulau yang mencetuskan kontroversi kerana didakwa mengandungi adegan panas dan luc4h.

Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Prof Dr Md Nasir Ibrahim berkata, garis panduan kandungan penerbitan terletak di bawah bidang kuasa Lembaga Penapis Filem (LPF).

Bagaimanapun, katanya, FINAS boleh membatalkan lesen sekiranya pemegang lesen disabitkan kesalahan berkaitan kecurangan, penipuan atau keburukan akhlak.

“FINAS mengambil maklum berhubung isu video trailer filem Pulau yang tular dalam media sosial ketika ini.

“Trailer yang tular memaparkan beberapa adegan keterlaluan dan dilihat tidak menitikberatkan budaya kesopanan dan kesusilaan yang diamalkan rakyat Malaysia.

“Babak seperti ini tidak wajarnya dilakukan. Namun, kelulusan tayangan tertakluk di bawah LPF menerusi penguatkuasaan Akta 620, Akta Penapisan Filem 2002.

“Filem Pulau menerima kelulusan LPF pada September, tahun lalu,” katanya menerusi kenyataan dikeluarkan.


Md Nasir berkongsi, filem adalah salah satu platform terbaik dalam menyemai semangat toleransi, persefahaman dan perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia berbilang kaum, agama serta bangsa. – Foto IG FINAS
Md Nasir berkata, tugasan penapisan filem dilaksanakan tiga Ahli Lembaga Penapis dan keputusan panel diperakukan untuk pertimbangan Pengerusi atau Naib Pengerusi Lembaga Penapisan.

“Sesuatu pertimbangan dibuat berdasarkan peraturan dan kriteria ditetapkan tiga dokumen asas iaitu Akta Penapisan Filem, Garis Panduan Penapisan Filem dan Panduan Khusus Penapisan Filem.

“Filem adalah salah satu platform terbaik dalam menyemai semangat toleransi, persefahaman dan perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, agama serta bangsa.

“Namun, FINAS tidak menghalang atau menyekat usaha mana-mana pihak mengeluar dan menerbitkan karya seni sebagaimana termaktub dalam Akta 244, Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 dan pematuhan kepada prosedur permohonan lesen penggambaran yang meliputi Sijil Perakuan Penggambaran (SPP), Lesen Pengeluaran Filem (PF) dan Lesen Pengedaran Filem (DF) serta mana-mana akta perundangan Kerajaan Malaysia yang sedang berkuat kuasa,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, FINAS akan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan Peraturan-Peraturan Perlesenan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (1983), Peraturan 6 (2) selaku badan dipertanggungjawabkan dalam pengeluaran lesen penerbitan filem tempatan.

“FINAS boleh membatalkan lesen jika pemegang lesen disabitkan kesalahan berkenaan kecurangan, fraud atau keburukan akhlak.

“Sehubungan itu, FINAS menasihatkan agar penggiat seni lebih sensitif dan berhati-hati dalam penghasilan sesuatu karya kreatif dan mematuhi garis panduan ditetapkan kerajaan.

“Ia bagi mengelak timbul prasangka tidak baik atau kurang senang dalam kalangan rakyat Malaysia yang pelbagai latar belakang budaya dan agama,” katanya.

Netizen tempatan meluahkan rasa terkejut selepas mereka menonton trailer filem Pulau yang dilancarkan beberapa hari lalu.

Filem Pulau dibintangi oleh barisan pelakon popular seperti Alif Satar, Amelia Henderson, Namron, Ikmal Amry, Sabronzo, Mark O’dea, Sanjna Suri, Miss Pui Yi dan ramai lagi.

Namun apa yang membuatkan netizen tidak keruan selepas menonton trailer filem terbitan Web TV Asia itu adalah adegan panas di antara lelaki dan wanita serta penampilan pelakon dalam filem itu yang sangat ‘berani mati’.

Netizen turut mempersoalkan bagaimana filem ini mampu melepasi Lembaga Penapis Filem (LPF) sedangkan ada filem besar Hollywood seperti ‘Thor: Love and Thunder’ tidak lepas tayangan di Malaysia.

Malah ada juga netizen yang seakan tidak percaya melihat Alif Satar sanggup berlakon filem seperti ini.

Bekas timbalan menteri agama dakwa filem Pulau ‘luc4h’

Seolah-olah menyahut kritikan warga maya, bekas timbalan menteri agama Marzuk Shaary pula menjadi pihak terkini mengecam filem thriller seram Pulau.

Dakwanya, filem yang dijadual ditayangkan di pawagam pada 9 Mac itu “mengandungi babak luc4h dan berlebihan”.

Pemimpin pusat PAS itu itu menyindir pemimpin kerajaan sebagai berdiam diri dalam isu itu.

“Tidak ada menteri yang bersuara pun?” sindirnya di Facebook awal petang ini.

Disebalik kecaman yang diterima, ada juga netizen yang tidak sabar untuk menonton filem yang akan menjengah pawagam pada 9 Mac ini kerana menyifatkan filem ini sangat terbuka seperti filem luar negara.

Berikut pula reaksi dari pelakon

Siapa tidak suka, jangan tengok. Tiada paksaan untuk menonton filem tersebut.”

Demikian respons pelakon Ikmal Amry yang turut terlibat dalam filem Pulau yang dikecam ramai ketika ini.

Bagaimanapun, pemilik nama lengkap Mohd. Zulikmal Amry Ghazali, 29, itu tidak terbabit secara langsung dalam pembikinan beberapa babak ‘berani mati’ tersebut.

“Saya tidak terlibat dalam babak yang bukan-bukan dalam filem tersebut.

“Saya hanya terbabit dalam babak membuka baju sebab untuk berenang,” katanya kepada Kosmo! Online.

Ditemui semasa sidang akhbar Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya, Ikmal menambah, penonton boleh memilih genre filem bersesuaian dengan minat masing-masing tanpa perlu terlebih dahulu menghakimi sesebuah karya.

“Dalam YouTube pun banyak babak ‘panas’ sebegitu. Kalian boleh memilih untuk tidak perlu menonton.

“Apabila sudah meninggalkan komen, maksudnya kalian memilih untuk menonton video sebegitu,” jelasnya.

Trailer filem Pulau yang tular memaparkan beberapa adegan keterlaluan dan dilihat tidak menitikberatkan budaya kesopanan dan kesusilaan yang diamalkan rakyat Malaysia.

Alif Satar tidak terlibat babak panas dalam filem ‘Pulau’, syukur pengarah sangat memahami

Mengulas mengenai perkara itu, bintang utama Alif Satar memberitahu pengarah filem iaitu Euho sangat menghormati pendirian pelakon sepanjang penggambaran filem berkenaan.

Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar, 32, menjelaskan adegan mesra yang menjadi bualan ramai itu dilakonkan oleh pelakon bukan beragama Islam.

Alif merupakan watak utama dalam filem berkenaan.

“Alif terkejut sebab mereka sangat memahami. Dalam masa sama rasa gembira juga sebab pengarah faham dan sebab itu saya tiada lakonkan babak yang pelik dalam filem Pulau.

“Watak yang saya bawa ni pun hampir sama dengan diri saya yang sebenar. Jadi saya tidak terlibat dengan babak panas tu.

“Pengarah dah pilih pelakon bangsa lain untuk bawa babak panas itu. Sebab itu, pelakon filem ini menampilkan masyarakat majmuk dan datang dari pelbagai latar belakang,” katanya kepada mStar.

Alif berkata demikian ketika ditemui di sidang media filem Pulau yang diadakan di Concourse, Plaza Sungei Wang, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sejak semalam, filem Pulau dikecam hebat menerusi gelanggang Twitter susulan didakwa memaparkan banyak adegan tidak bermoral dan menampilkan pelakon-pelakon dengan imej mencolok mata.

Rata-rata netizen yang telah menyaksikan trailer Pulau sejak beberapa harik lalu juga tertanya-tanya bagaimana filem sedemikian mampu melepasi tapisan Lapisan Penapis Filem (LPF).

“Bila idea kering kontang, tetapi rasa diri berseni dan mahu buat filem. Akhirnya, ambil artis untuk ‘jual badan’ menjadi pelakon sebagai pelaris.

“Filem Malaysia sepatutnya membudayakan nilai ketimuran yang sopan dan bersih. Tetapi mengangkat babak yang tidak senonoh pula. Malu apabila menonton trailer filem tersebut,” demikian luahan netizen tentang filem Pulau yang bakal menjengah pawagam pada 9 Mac nanti.

kredit: bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *