“Marah Ira boleh tapi jangan sampai menghina”-Kahwini Syamsul Yusof, Kenali Siapa Ira Kazar, Madu Kepada Puteri Sarah Liyana

SEJAK minggu lalu dan masih melarat hingga sekarang, isu rumah tangga pasangan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah masih lagi menduduki carta teratas cerita hiburan.

Masih bersambung-sambung kisah balas-membalas suami isteri itu tentang konflik rumah tangga mereka dalam media sosial. Tak terkecuali kaum keluarga turut ikut serta menghangatkan suasana.

Baik Syamsul atau Puteri Sarah, nama isteri kedua pengarah itu, Ira Kazar diyakini menjadi bualan terhangat awal tahun ini.

Bernikah dengan suami orang, itu satu hal yang mudah membakar setiap hati wanita di luar sana khususnya yang sangat anti dengan golongan penyondol. Sudah matikah lelaki bujang di luar sana?

Kalau buka media sosial, di mana-mana ada Ira.

Bahkan sampai tahap, wujudnya lebih kurang 20 buah akaun palsu Instagram menggunakan nama dan gambarnya sejak berita pernikahan wanita itu dengan Syamsul diumumkan secara rasmi sejak minggu lalu.

Walau apa pun alasannya, setiap akaun dan kandungan membabitkan anak pelakon Kazar Saisi itu hampir kesemuanya dijadikan alat untuk netizen melampiaskan amarah tak kurang juga mengecam dan menghamburkan kutukan berbakul-bakul.

Faham kemarahan netizen meletus dek ‘rampasan’ yang dilakukan wanita itu dengan mengahwini suami orang, tetapi tidakkah keterlaluan jika orang luar seperti kita berlebih-lebihan dalam memberikan komen atau kata-kata.

Sikap masyakarat kita yang secara sukarela menjadi pahlawan tak diundang dengan menyertai ‘perang’ dalam konflik orang lain terutama golongan terkenal seperti artis memang hebat.

Cuma harus sedar, siapa kita untuk terlalu ‘prihatin’ sehingga masuk campur serba-serbi dalam hal rumah tangga orang yang 100 peratus tiada kaitan dengan kita.

Sekalipun kalau marah sangat, cukuplah perasaan itu tersimpan di dalam dada tanpa perlu dibawa keluar, paling teruk sehingga meninggalkan jejak dalam media sosial. Itulah nanti yang akan jadi catatan untuk diri kita.

Itu kehidupan orang lain yang sedang diuji, hidup kita nanti belum tentu lagi penghujungnya bagaimana.

Betapa pentingnya untuk kita menjaga kata-kata kerana bimbang esok lusa setiap perkataan yang lancang ditujukan kepada orang lain, berbalik kepada diri sendiri.

Bukan memihak kepada sesiapa, tetapi sekadar teguran buat yang terlalu ghairah mengeji tanpa memikirkan baik buruknya tindakan tersebut kepada diri sendiri. Bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar.

Kahwini Syamsul Yusof, Ini Biodata Ira Kazar, Anak Pelakon Kazar Saisi, Madu Puteri Sarah Liyana

Siapa Ira Kazar? Pemilik nama lengkap Faghirah Fatini Kazaruddin ini adalah isteri kedua kepada pengarah, Syamsul Yusof atau nama sebenarnya, Mohd Syamsul Mohd Yusof yang merupakan suami, Puteri Sarah Liyana.

Syamsul dan Sarah bernikah pada 8 Mac 2014. Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3.

Biodata Ira Kazar, Isteri Pengarah Syamsul Yusof

Nama penuh: Faghirah Fatini binti Kazaruddin

Nama komersial: Ira Kazar, Ira Kaza

Umur: 28 tahun (2023)

Asal: Kampar, Perak

Keluarga: Anak keempat daripada lima orang adik beradik

Kerjaya: Instafamous

Instagram (IG): @irakaza

Latar Belakang

1. Anak kepada pasangan Kazar Saisi (ayah), seorang pelakon veteran dan Rashidah Latiff (ibu).

2. Adik-beradiknya yang lain termasuk Melor Hariante, Yasmin Mariante, Elya Amirul Naim dan Adam Amirul Latiff.

3. Namanya mula terkenal selepas menjadi topik hangat di media sosial apabila video dia bergelek tular dan menimbulkan kontroversi pada tahun 2016.

4. Ketika itu gaya penampilannya dikatakan menyerupai Avril Lavigne, seorang penyanyi dan penulis lagu Kanada.

5. Sejak itu, namanya sering dikaitkan dengan kontroversi dan diburu dengan pelbagai berita sensasi yang membuatkannya viral di laman sosial serta menjadi tumpuan dan perbualan netizen.

Fakta Menarik

1. Berhubung dengan peminat dan mempromosikan dirinya melalui dunia media sosial iaitu Instagram dan TikTok — tetapi memilih untuk menyahaktifkan akaunnya buat masa ini.

2. Memiliki sebanyak 214,000 pengikut di Instagram.

3. Mempunyai bakat terpendam dalam bidang nyanyian. Telah cuba membuktikan kemampuannya dengan mengambil peluang sebagai peserta uji bakat program realiti Akademi Fantasia 2016 (AF2016).

4. Pada 6 Januari 2023, pengarah Syamsul Yusof mengesahkan menerusi video di Instagram bahawa dia telah berkahwin dengan Ira di Thailand berwalikan bapa wanita itu, pelakon veteran Kazar Saisi. Dia turut memaklumkan bahawa Puteri Sarah masih lagi isterinya yang sah.

kredit: KOSMO! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *