Pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam berkata dia hanya mengetaui berita mengenai perkahwinan kedua anak, Syamsul Yusof bersama Ira Kazar selepas menonton video dimuat naik di Instagram.
Memetik Harian Metro, ditanya sama ada merestui perkahwinan kedua anaknya Yusof Haslam berkata dia mahu menjaga hati semua pihak terutama besan serta menantu kesayangannya, Puteri Sarah.
“Saya nak menjaga hati semua pihak terutama besan-besan, hati menantu kesayangan saya (Puteri Sarah Liyana) dan hati isteri,” katanya.
“Saya dapat tahu pun mengejut. Dia pun dah kahwin, sebelum ni khabar angin saja. Sebagai ayah apa boleh dikatakan adalah yang berlaku sudah berlaku. Jadi saya sebagai orang tua hanya mendoakan yang terbaik,” katanya.
Isteri kepada pengarah tersohor, Syamsul Yusof yang dikenali sebagai Puteri Sarah Liyana ini menjadi antara nama yang sering menjadi perhatian ramai sejak akhir-akhir ini.
Kisah rumahtangga pasangan selebriti ini menjadi bualan hangat ramai selepas suaminya, Syamsul Yusof akui sudah bernikah dengan isteri keduanya, Ira Kazar.
Biarpun sedang berada di saat ini, namun kecekalan Puteri Sarah berhadapan dengan semua kemelut rumahtangga tersebut membuatkan ramai kagum. Puteri Sarah yang juga seorang pelakon dan model nampaknya kembali aktif dalam kariernya itu.

Ini antara latarbelakang dan biodata Puteri Sarah, seorang wanita bijak, cekal dan tabah:
Biodata Puteri Sarah
Nama Penuh: Puteri Sarah Liyana Binti Megat Kamaruddin
Nama Panggilan: Puteri Sarah
Umur: 37 tahun
Tarikh Lahir: 1 Disember 1985
Tempat Lahir: London, England
Instagram: Puteri Sarah Liyana
Latarbelakang Peribadi
Puteri Sarah Liyana dibesarkan di Kuala Lumpur dan Johor Bahru, Johor. Puteri Sarah adalah seorang gadis berpendidikan dan memiliki ijazah dalam Pengurusan Hotel di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.
Selain itu, Puteri Sarah juga adalah anak sulung daripada empat adik-beradik dan mula berhijab sepenuhnya pada tahun 2013. Puteri Sarah dan Syamsul Yusof membina mahligai sejak 9 tahun lalu dan dikurniakan dua cahaya mata yang diberi nama Syaikhul Islam dan Sumayyah.
Kerjaya
Puteri Sarah mula menceburi bidang hiburan sebagai seorang pelakon sejak 2008. Selain dari berbakat sebagai seorang pelakon, Puteri Sarah turut menjadi model bagi pelbagai jenama.
Antara drama, telefilem dan filem yang pernah dibintangi Puteri Sarah adalah Dunia Anita, Asmaradana, Evolusi KL Drift: The Series, Aku Seorang Perempuan, Ayat Dari Langit, Lu Pikirlah Sendiri The Movie dan banyak lagi.
Rela dimadu, saya tak nak jawab – Puteri Sarah
“Sarah tak bahagia tak apa, Sarah boleh sembuh sendiri. Tapi, jangan mama dan papa tidak bahagia”.
Demikian luahan Puteri Sarah Liyana dalam satu hantaran yang dimuat naik menerusi Instagram Story selepas melihat bapa mentuanya, Datuk Yusof Haslam menitiskan air mata ketika ditemu bual program hiburan popular, Melodi yang disiarkan tengah hari tadi.
Bagi Puteri Sarah, 38, Yusof bukan sekadar bapa mentuanya, sebaliknya sudah dianggap seperti bapanya sendiri dan dia akan sentiasa mendoakan lelaki itu serta isterinya.
Dalam hantaran sama, ibu kepada dua cahaya mata itu turut mengingatkan suaminya, Syamsul Yusof tentang kifarah atas perbuatannya melukakan hati kedua-dua orang tuanya.
“Bukan sekali dua, papa menangis disebabkan awak. Berkali-kali. Tergamaknya awak.
“Jangan jadi anak derhaka, malah awak juga buat ibu awak menangis. Ketawalah belah sana, ketawalah. Kifarah itu ada,” tulisnya.
Menerusi hantaran sama, Puteri Sarah turut memaklumkan, dia bakal berangkat mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekah pada 26 Januari ini.
“Sarah akan doakan kebahagiaan mama dan papa. Sarah tak bahagia tak apa, Sara boleh sembuh sendiri). Tapi, jangan mama dan papa tak bahagia,”tulisnya.
Syamsul pada Jumaat lalu, menerusi video yang dimuat naik di Instagram membuat pengumuman dia sudah berkahwin kali kedua dengan wanita pilihan hatinya, Ira Kazar di Thailand.
Majlis akad nikah pasangan itu diwalikan sendiri bapa Ira iaitu pelakon veteran, Kazar Saisi.
Sebelum ini, kemelut rumah tangga pasangan tersebut hangat diperkatakan selepas Puteri Sarah membuat pendedahan dan mengambil tindakan undang-undang terhadap Ira berikutan dakwaan gangguan rumah tangga oleh ‘orang ketiga’.
kredit: bharian