HIDUP berjiran sudah pastinya menuntut kita menjaga ketenteraman dan keharmonian antara satu sama lain.
Ini termasuklah bertolak ansur dan saling bantu-membantu apabila tinggal dalam kejiranan.
Tapi siapa yang tak panas hati dengan sikap penghuni lain yang sering melakukan sesuatu yang menyakitkan hati
REZEKI datangnya dalam pelbagai bentuk dan cara.
Selain kemewahan wang ringgit atau makanan, memiliki jiran yang baik juga dikira sebagai satu rezeki.
Pastinya memiliki jiran baik mampu membuatkan hidup kita berasa lebih tenang, aman serta selamat ketika berada di rumah atau di luar rumah.
Sebagaimana dikongsikan oleh seorang pelayar di TikTok, Littlemonster316 menunjukkan tindakan seorang lelaki yang dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di kediamannya.
Lelaki itu yang dilihat memanjat pagar tanpa meminta izin lalu masuk ke sebuah rumah dipercayai merupakan jiran kepada individu berkenaan.
Walaupun bahagian permulaan video menunjukkan perbuatan lelaki memakai baju berwarna merah jambu itu meragukan, akhir rakaman itu menunjukkan ‘adegan’ menyentuh hati ramai.
Jirannya itu hanya mahu mengalihkan ampaian pakaian bagi mengelakkan pakaian dijemur daripada terkena hujan.
Sebaik mengalihkan ampaian ke tempat yang redup, lelaki ini memanjat semula pagar untuk kembali ke rumahnya.
Rakaman berdurasi 38 saat ini dipercayai dirakam menerusi CCTV rumah individu yang berkongsi video ini di media sosial.
Video ini tular dan mendapat perhatian ramai warganet.

Tangkap layar video tular.
Semakan mStar, mendapati rata-rata warganet memuji tindakan lelaki tersebut yang bersikap prihatin terhadap jirannya.
Sebilangan besar menyangka lelaki tersebut mahu mencuri sesuatu memandangkan aksi memanjat pagar itu kelihatan mencurigakan.
Namun, mereka rasa bersalah mengesyaki perkara tidak baik dan memuji tindakan lelaki tersebut.
“Sampai ke sudah aku tengok ingatkan dia nak curi ke apa. Rupanya nak alihkan kain sebab hujan. Untung dapat jiran prihatin macam ni”, ujar netizen tersebut di ruangan komen.
Jiran sebelah aku hari-hari si mak gaduh dengan anak dia. Jenis berperang mulut sampai terjerit-jerit pukul 1 pagi.
Ada juga warganet yang berkongsikan pengalaman mereka berdepan dengan jiran yang tidak mempunyai sikap prihatin.
“Jiran sebelah aku hari-hari si mak gaduh dengan anak dia. Jenis berperang mulut sampai terjerit-jerit pukul 1 pagi. Lepas tu pukul 7 pagi dia buka set karaoke.
“Jiran saya suka parkir dekat rumah orang. Pantang nampak orang tak ada di rumah, semua angkut sedara mara park depan rumah, depan jalan rumah. Nasib tak masuk dalam je. Bila tegur, buat muka”, kongsi warga maya mengenai jiran mereka.
Sikap prihatin lelaki dalam video tersebut wajar dijadikan dicontohi oleh orang ramai yang hidup berjiran.
Setelah video tersebut tersebar luas sehingga meraih lebih 10 juta jumlah tontonan, pemilik asal tampil menjelaskan keadaan.
Komen netizen di TikTok.
Katanya, lelaki tersebut merupakan tukang kayu yang bekerja di rumah jirannya sahaja.
“Hai semua, saya nak jelaskan di sini. Dia bukan jiran saya.
“Dia merupakan tukang kayu jiran saya. Saya kagum dengan kebaikan dia lakukan,” jelasnya mengenai kapsyen ‘bersyukur’ ditulis pada video itu.
Berikut adalah sikap atau perangai ‘jiran dari ner4ka’ yang perlu kita elakkan:
1. ‘Membawang’ di media sosial
Mungkin ada perkara yang dilakukan oleh jiran membuatkan kita rasa marah atau sakit hati, tetapi bercakap mengenai jiran tersebut di media sosial menjadikan kita sebagai jiran yang tidak baik. Jangan hanya berani menjadi ‘keyboard warrior’, sekadar tahu mengecam dan menyindir jiran.
Sebaik-baiknya selesaikan situasi atau konflik yang berlaku bersama jiran secara baik terlebih dahulu. Jika isu atau masalah masih tidak selesai, maka boleh mempertimbangkannya untuk membuat aduan kepada ketua mahupun pihak berkuasa setempat di kawasan kejiranan.
2. Tak peduli
Apabila nampak jiran melintas di rumah, pastinya lebih manis kita menegur mereka. Janganlah anggap jiran seperti orang asing dan buat tak tahu sahaja. Sampaikan pandang muka jiran pun tak mahu. Bukannya bergaduh, tapi boleh bermasam muka pula dengan jiran.
Tindakan tersebut sebenarnya tidak manis dan kita seharusnya menghormati jiran kita. Jika tidak, ia hanya memperlihatkan diri kita sebagai jiran yang sombong dan tidak mengambil berat. Tak mahu bersembang, sekurang-kuranya melambai tangan atau tegur bertanya khabar secara ringkas atau sekadar memberikan salam. Sangat mudah, tapi amat bermakna.
Rajin bertegur apabila melintas di hadapan rumah jiran. foto Freepik
3. Haiwan peliharaan ‘membuang’ di rumah jiran
Membiarkan haiwan peliharaan membuang air besar di halaman rumah jiran tidak seharusnya berlaku. Apatah lagi tidak datang untuk membersihkan mahupun mengutip najis meskipun di luar rumah. Tak kan jiran pula yang kena bersihkan najis haiwan peliharaan kita.
Tindakan itu bukan sahaja biadab, malah menjijikkan kerana najis haiwan boleh membawa penyakit, merosakkan tanaman dan rumput selain berbau busuk. Sebagai pemilik haiwan, kita seharusnya bertanggungjawab untuk membersihkannya.
4. Biar daun bertaburan, sampah berlonggok
Mengotori kawasan rumah jiran dengan daun yang bertaburan dari pokok rumah kita juga merupakan tindakan yang tidak menyenangkan jiran. Sudah jadi hal pula jiran nak pergi menyapu daun-daun tu.
Itu belum lagi kita longgokkan saja bungkusan plastik sampah di luar rumah jiran dengan alasan lori sampah boleh mengangkutnya sekali gus. Pastikan segala sampah sarap tidak menghalang laluan jiran atau memenuhi pagar rumahnya. Sentiasa dibersihkan, luar rumah pun tanggungjawab kita juga.
Sampah dibiarkan berlonggok di rumah jiran. -gambar hiasan
5. Persenda kerana perbezaan
Mempersendakan jiran kerana perbezaan dari segi agama dan bangsa adalah keterlaluan. Adakah sikap itu disebabkan oleh perbezaan bahasa yang dituturkan atau makanan yang dimakan jiran adalah berbeza dengan apa yang kita amalkan?
Sikap menilai orang lain kerana perbezaan adalah tidak wajar. Tidak menerima perbezaan itu bukan tiket untuk kita bersikap kurang ajar terhadap jiran kerana tidak menerima perbezaan itu. Kita seharusnya menghormati antara satu sama lain apabila hidup berjiran.
kredit: mstar