Muat Naik Foto Syamsul, Ira Bukak Ig Baru. Kapsyen Dia Memang Sweet Habis

Sebelum ini, Instagram Ira Kazar dipercayai hilang dan berkemungkinan ia dinyah aktif oleh Ira sendiri susulan kontroversi yang melanda dirinya dengan Syamsul.

Jangan ganggu saya

Terbaru, Ira Kazar dipercayai membuka satu akaun Instagram @Irakazarofficial. Menerusi Instagram tersebut, Ira menulis bio ‘Dont Disturb me’. ‘Im Happily Married’. Menerusi pemerhatian pihak OhBulan! Ira juga dilihat memuat naik gambar suaminya, Syamsul beserta beberapa kapsyen ‘sweet’.

Lebih mencuri tumpuan, Ira meminta ‘haters’ supaya jangan mengambil ketenangan hidupnya. Tambah Ira, ketenangan itu hak milik mutlak peribadi.

Di samping itu, Syamsul dan Kazar juga dilihat mengikuti (following) akaun tersebut.

Kesian Ira Kazar

Isteri kedua kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar terus menjadi bualan hangat warganet sehingga namanya antara topik sohor kini (trending) di Twitter.

Di sebalik kecaman demi kecaman yang diterima anak kepada pelakon veteran, Kazar Saisi itu, Ira juga mendapat ‘simpati’ daripada pengguna media sosial sejak berita pernikahannya dengan Syamsul tular semalam.

“Sedihnya jadi Ira kazar! Dahlah kali pertama berkahwin, tidak ada majlis rasmi, baju nikah pun tangkap muat.

“Nikah pun kat Siam je, keluarga mentua pun tak sokong. Berbanding dengan pernikahan Puteri Sarah dulu beza jauh langit dari bumi,” ciap seorang pengguna Twitter.

“Semoga berjaya Ira kazar. Jaga suami elok-elok. Percayalah, orang macam Ira kazar ini akan selalu rasa ‘insecure’ sebab takut suami dia kena ‘caras’ dengan betina sepesen macam dia,” ciap seorang lagi warganet.

“Kesian Ira Kazar ini, hidup dalam ‘insecure’. Takut dengan bayang-bayang. Selalunya kes macam perampas ini hati tak tenang,” kongsi seorang warganet.

Bukan hanya itu, terdapat juga pengguna Twitter yang kembali memanaskan keadaan apabila memuat naik video bergelek Ira yang pernah mencetuskan kontroversi sebelum ini.

“Ira kazar punya gelek memang hmmmpph! Mahu tidak Sol (Syamsul) tak terkulai lay

Sumber: Ira Kazar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *