Hangat di media sosial mengenai isteri pertama bekas jurulatih bola sepak, Datuk Zainal Abiddin yang dikatakan telah menyerang isteri kedua, Fyna Jebat di sebuah restoran.
Difahamkan, isteri pertama berasa marah terhadap Fyna kerana perkahwinan senyap olehnya bersama suami. Malah, dirinya juga mendakwa Fyna menyindirnya dalam program Famili Duo.
Sokongan anak-anak

Salah seorang daripada anak Zainal Abiddin, Zaifiq Zainal telah memuat naik gambar mesra adik-beradiknya bersama ibu mereka. Tindakan tersebut dilihat seakan-akan anak-anak bekas jurulatih itu menyokong ibu kesayangan mereka.
Biar gambar berbicara – Anak bujang Zainal Abidin
Salah seorang anak kepada bekas jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan, Datuk Zainal Abidin iaitu Zaifiq memberi bayangan seperti tidak bersetuju dengan tindakan bapanya bernikah kali kedua dengan Fyna Jebat.
Zaifiq atau nama sebenarnya, Muhammad Zaifiq Abidin berkata, tidak semua apa yang dilaporkan media bersifat sahih berhubung perkahwinan bapanya dengan penyanyi muda itu.
“Tidak langsung seperti apa yang dilaporkan pihak media. Ya, kami masih wujud dan kami benar-benar tidak bersetuju (dengan apa yang berlaku),” tulisnya menerusi Facebook.
Antara hantaran status dikongsi anak bujang Zainal Abidin bernama Zaifiq seperti memberi bayangan tidak merestui perkahwinan bapanya dengan isteri muda, Fyna Jebat. – FACEBOOK
Zaifiq juga memuat naik sekeping foto adik-beradiknya mencium pipi ibu tersayang yang selama ini telah bertungkus lumus membesarkan dan mendidik mereka.
“Biar gambar berbicara,” demikian coret Zaifiq sebagai kapsyen foto yang dikongsi.
Sementara itu, Zaifiq turut berkongsi seraya membetulkan kata-kata berbunyi: “Curang di belakang orang yang baik umpama mencampak berlian dan mengutip kotoran.”
Hari ini, Kosmo! Online melaporkan Zainal atau nama sebenarnya, Zainal Abidin Hassan, 62, memilih untuk tidak memberi komen lanjut berhubung pergaduhan melibatkan isteri pertama dan keduanya di tempat awam.
Isnin lalu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner, Mohd. Iqbal Ibrahim mengesahkan berlaku pergaduhan kecil melibatkan dua isteri kepada bintang bola sepak terkenal itu.
Menurut Iqbal, kedua-dua pihak telah membuat laporan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan (gaduh gempar) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (AKK) (Kelakuan tidak senonoh di tempat awam).
Hasil siasatan mendapati, suspek (isteri pertama) marah kepada penyanyi itu kerana telah berkahwin dengan suaminya tanpa pengetahuan dirinya.
Sekadar info, bekas pengendali pasukan Penang FC itu berkahwin dengan isteri pertama, Datin Zalina Zaini sejak 1985 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan liima orang cahaya mata. – KOSMO! ONLINE
Kredit: Facebook, omm