Pelakon Puteri Sarah mendedahkan bahawa dia mendapat petunjuk daripada Allah selepas menunaikan solat sunat Tahajjud mengenai perbuatan curang suaminya itu.
Menerusi rakaman sesi live bersama Neelofa yang dimuat naik oleh akaun @amyqahsrina baru-baru ini, Puteri Sarah menceritakan bahawa Allah memberinya petunjuk selepas seminggu mengamalkan solat sunat.
“It took me one week untuk Allah tunjuk semua, macam Allah buka hijab I (pandangan). Mula I macam CSI, zing dapat tahu,” kongsi Sarah sambil ketawa.
Namun begitu, Sarah merasakan caranya berdoa meminta kepada Allah tidak tepat kerana dia memohon kekuatan sebaliknya meminta kesabaran dan ketenangan.
“Sebelum ini, I selalu minta ya Allah ya Rahman ya Rahim berikan aku kekuatan. Bila kita minta kekuatan, memang Allah akan bagi kita ujian banyak-banyak sebab bila Allah uji kita, kita kuat. Memang betul I dapat tu. Kau mintak macam tu kan.
“Tapi sepatutnya berdoa berikan aku kesabaran dan ketenangan untuk menghadapi segala masalah yang ada. Barulah kita tenang, kita sabar.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan amalan Sarah tersebut, malah ramai yang berkongsi pengalaman yang sama.

“satu je akak suka nga puteri sarah..dia selalu memohon dan merintis dgn Allah..selalu pergi depan kaabah bila dia dalam kesusahan..”
“Dulu seblum cerai pun say buat istiqarah… cukup 7 hari.. hari ke 8 berpisah.. tapi saya tak sedih sebab saya tahu tu jawapan terbaik dari Allah”
Terdahulu, Puteri Sarah telah memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya, Syamsul Yusof selepas membuat pengakuan telah berkahwin dengan Ira Kaza di Thailand.
Sumber : xtra
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih