UALA LUMPUR: Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar berkongsi kisah sedih di Instagram pada Selasa, memaklumkan beliau mengalami keguguran.
Dalam hantaran tersebut, Nurul Izzah turut berkongsi gambarnya memeluk ibunya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menerusi catatan panjang di laman sosialnya itu, anak sulung Perdana Menteri itu berkata selepas selesai Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), mungkin itu kali pertama mereka berpelukan.
“Terlalu banyak yang telah kami lalui bersama – selesai berkempen, sempat pula menjangkiti Covid buat kali kedua, mendapat berita kami mengandung anak keempat, kemudian, sedang sibuk menguruskan tugasan baru, ke sana ke mari, kembali ke Pulau Pinang, kemudian ke Putrajaya – dikejutkan pula dengan berita pemergian bayi yang dikandung.“The little boot is gone …” tulis beliau.

Meskipun sedih dengan khabar terbaharu itu, beliau tetap memanjatkan kesyukuran kepada Allah.
“Saya terfikir tentang semua wanita yang melalui episod serta pengalaman yang sama, walau jalur individunya berbeza.
“Ungkapan mensyukuri nikmat – kata-kata indah untuk Yang Maha Esa – yang kita ucap an walau mengalir air mata kerana kita hanyalah insan kerdil.
“Insan yang lemah dengan perasaan, hati, memori dan pengalaman,” tulisnya lagi.
Nurul Izzah dalam hantaran sama mendoakan semua yang berada di luar sana, yang pernah merasa kehilangan supaya kekal tabah dan kuat.
“Jadi kepada anda, hampir semua kita yang telah merasai kehilangan, kita boleh menawarkan doa kita, pelukan secara maya, dan peringatan – bahawa kehidupan tetap akan diteruskan,” ujarnya lagi.
TERDAHULU Selepas kira-kira tujuh tahun bergelar ibu tunggal, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, selamat melangsungkan perkahwinan dengan seorang penyelidik Khazanah Research Institute, Yin Shao Loong, semalam.
Perkahwinan itu diumumkan oleh pasangan pengantin baharu terbabit menerusi kenyataan media mereka yang dikongsi dalam akaun Facebook Nurul Izzah Anwar, tengah malam tadi.
“Pada petang 5 Ogos 2022, berwalikan ayahanda pengantin perempuan, kami telah selamat diijabkabulkan di samping keluarga terdekat.
“Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berpikir.” (QS. Ar-Rum: 21)
“Kami memohon doa kalian semua – agar kita sentiasa di bawah perlindungan Allah SWT,” ungkap pasangan itu dalam kenyataan terbabit.
Nurul Izzah yang juga anak sulung kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, pernah berkahwin dengan Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim, tetapi berakhir dengan perceraian pada 2015.
Difahamkan, sebelum ini Shao Loong pernah berkhidmat sebagai pengarah eksekutif badan pemikir PKR, Institut Rakyat, yang diketuai oleh Nurul Izzah.
Beliau juga pernah berkhidmat sebagai pengarah komunikasi strategik Pejabat Menteri Besar Selangor ketika pentadbiran Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
KREDIT: BHARIAN