“Otak saya kosong, maaf Naim -Rupanya Ini Hubungan Antara Sissy Imann Dan Naim

KUALA LUMPUR: Penyanyi Sissy Imann mengakui fikirannya kosong selepas menerima kritikan pedas daripada juri tetap program realiti, Famili Duo, Mas Idayu susulan gagal memberikan persembahan terbaik menerusi konsert minggu keenam, Ahad lalu.

Membuat luahan dalam Instagram (IG), Sissy berkata, dia belum mampu mencari idea dan konsep sesuai untuk dibawa pada minggu separuh akhir program Famili Duo bertemakan Legenda/Idola.

“Hari ini, hari rabu. Selama enam minggu sebelum, hari inilah di mana kita (Sissy dan Naim) dah memuktamadkan konsep persembahan.

“Kita langgar waktu dengkur dengan perbincangan dan pastikan ‘deck’ yang kita buat bersama dah siap supaya produksi boleh sediakan alat peraga, penata gaya, dah boleh cari baju.

‘Tiada benci, bukan serangan peribadi’
Ayda Jebat tak kisah dikritik juri Famili Duo

“Hari inilah hari yang sepatutnya kita dah dapat audio daripada pengarah muzik selepas selesai latihan dengan band yang selalunya hari isnin dah siap susun.

“Tapi minggu ini, dalam otak saya kosong. Tak ada lagu. Tak ada visual,” tulisnya.


Sissy belum mampu mencari idea dan konsep sesuai untuk dibawa pada minggu separuh akhir program Famili Duo bertemakan Legenda/Idola. – Foto IG Naim Daniel

Sissy Iman dan Naim sepupu

Dalam hantaran sama, Sissy memohon maaf kepada pasangan duet yang juga sepupunya, Naim Daniel atas situasi mencabar yang menimpanya ketika ini.

“Kita dah janji untuk sama-sama hadap apa-apa kemungkinan jauh sebelum pertandingan ini bermula, tapi saya minta maaf sebab tak dapat jadi sekuat awak.

“Saya minta maaf sebab awak kena hadap semua pertanyaan seorang diri. Saya minta maaf atas semua panggilan dan mesej awak yang saya tak jawab sebelum ini sedangkan semua ini sepatutnya menjadi tanggungjawab kita bersama.

“Saya minta maaf juga pada semua rakan media dan rakan yang saya tinggalkan dalam gelap seperti saya, terperangkap dalam gelap juga,” tulis Sissy.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Mungkin Kamu itu berkata, dia akan kembali bangkit dalam masa terdekat.

“Jangan risau. Insya-Allah saya akan kembali. Beri saya sikit masa lagi. Sayang semuanya,” tulisnya

kredit:mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *