Uncategorized

Peguam Ini Samakan P0ligami Syamsul Yusof Dengan Nabi, Ini Reaksi PU Syed

Ketika isu pernikahan Syamsul Yusof dan Ira Kazar sedang hangat diperkatakan di Malaysia, MURAI MY tertarik untuk mengupas kenyataan yang dikeluarkan oleh pengguna Facebook, Asiah Abd Jalil. Asiah yang merupakan seorang peguam telah berkongsi sebuah posting yang mengaitkan Syamsul dengan perbuatan Nabi.

Semua sunnah Nabi dia tapau

Katanya, Syamsul benar-benar mengikut sunnah Nabi seperti berikut,

1) Poligami – Nabi buat.

2) Berkahwin lagi tanpa meminta kebenaran isteri sedia ada – Yang ni pun Nabi buat. Nabi tak pernah minta kebenaran isteri-isteri sedia ada sebelum menambah isteri baru.

3) Mewar-warkan perkahwinan – Nabi buat kenduri selepas berkahwin.

4) Tidak mampu berlaku adil kepada isteri-isterinya – Yang ni pun sama dengan Nabi, Nabi juga tak mampu berlaku adil (rujuk awal surah At-Tahrim, Al-Qur’an ada cerita).

Kesimpulannya, toksah kecam Shamsul Yusof. Semua sunnah Nabi dia tapau.

Kurang ajar sungguh Asiah

Walaubagaimanapun, perkongsian Asiah ini tidak disambut baik oleh pendakwah bebas, PU Syed. PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak menganggap kenyataan Asiah ini menghina Nabi.

“Kurang ajar sungguh Asiah Abd Jalil Boleh kamu hina Nabi Muhammad Sallahu’Alaihi Wasallam!! Mohon Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM Jabatan Agama Islam Pahang PDRM ambil tindakan!!

Dia telah lama sesat dan menyesatkan manusia dgn fahaman songsang ttg agama Islam dan ajarannya..dia telah merosakkan keharmonian agama Islam! Sampai bila manusia seperti ini nak diberi muka!?”- tulisnya di ruangan kapsyen.

Saksikan video di bawah.

‘Lebai oh lebai. Selaklah Al-Qur’an tu. Baca surah At-Tahrim’- Asiah

Kecaman dari PU Syed ini telah dibalas oleh Asiah dengan menasihati pendakwah ini untuk membaca surah At-Tahrim dalam Al-Quran. Asiah bertanya kepada PU Syed, adakah dia sudah memahami Surah At-Tahrim sebelum menuduhnya menghina Nabi.

Perang media sosial dua individu berpengaruh ini telah mendapat perhatian netizen dan rata-rata mereka menyuarakan pandangan masing-masing. Apa komen anda?

Kredit: Murai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *