Uncategorized

Peguam Jelaskan Boleh Atau Tidak Sebenarnya Mengadu Tentang PihakKetiga Yang Mer0sakkan Rumah Tangga

Selepas sekian lama ‘drama’ rumah tangga antara Puteri Sarah dan Syamsul Yusof berlarutan gara-gara orang ketiga, industri seni hiburan hari ini dikejutkan dengan pengakuan daripada pengarah itu apabila mengakui telah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand, semalam

Berikut pula pandangan dari peguam Nor Zabetha

“Baru buka whatsapp tiba-tiba, dapat mesej dari wartawan pasal poligami.

“Saya pun semaklah di media sosial. Oh, padanlah. Sekejap je tertinggal keretapi. Laju betul update berkenaan kes Puteri Sarah, Shamsul Yusoff dan Ira Kazar ini.

“Kita buat soal jawab mudah dan ringkas pasal topik ini:

1) Boleh tidak lelaki berpoligami di Malaysia?

Secara asasnya lelaki yang ingin berpoligami perlu mendapatkan kebenaran mahkamah. Jika gagal boleh didenda atau penjara atau kedua-duanya sekali. Contoh kes Bung Moktar dan Zizie Izette

2) Boleh tidak bernikah di luar negara?

Semua perkahwinan perlu didaftarkan di Malaysia. Apa kesannya jika berkahwin di luar negara? Di Malaysia jika tiada rekod perkahwinan yang didaftarkan dan sekiranya berlaku sesuatu kepada suami, contohnya kematian memberi kesan isteri dan waris tidak didaftarkan menuntut.

Situasi ini juga akan memberi kesan kepada status anak kerana ibu bapanya tidak mendaftarkan perkahwinan. Walaupun berkahwin di luar negara oleh pihak yang bertauliah dari segi syarak sah tetapi isu-isu diatas bakal memberi kesan kepada perkahwinan.

Adalah kesalahan jika perkahwinan gagal didaftarkan. Boleh didenda atau dipenjara atau kedua-duanya sekali. Banyak kes yang berkahwin di luar negara tanpa didaftarkan di Malaysia, banyak pasangan daftarkan kemudian dan perlu bayar denda. Pastikan berdaftar walaupun perlu bayar denda untuk urusan seperti di atas.

3) Boleh atau tidak mengadukan tentang pihak ketiga yang merosakkan rumah tangga?

Orang ketiga ini, tidak hanya bermaksud kekasih. Boleh jadi juga ahli keluarga, rakan atau jiran atau orang yang menghasut pasangan berpisah atau mengabaikan tanggungjawab.

Jika aduan dibuat kepada Jabatan Agama, pengadu perlu membawa bukti-bukti atau menyatakan perbuatan bagaimana pihak ketiga ini menghasut sehingga bercerai-berai atau menyebabkan tanggungjawab diabaikan. Contoh menghasut jangan balik rumah, menghasut jangan bagi nafkah dll.

Penguatkuasa akan menjalankan siasatan dan jika cukup elemen tertakluk kepada undang-undang, contoh Enakmen Jenayah Syariah Selangor ada memperuntukkan kesalahan ini, maka pendakwaan boleh memulakan kes di mahkamah terhadap orang yang merosakkan rumah tangga.

4) Bagaimana tindakan Puteri Sarah saman Ira Kazar di mahkamah sivil?
Kalaupun Ira Kazar telah diperisterikan oleh Shamsul Yusoff, tidak akan memberhentikan tindakan sivil oleh Puteri Sarah. Melainkan Puteri Sarah tarik balik atas kerelaannya sendiri.
Tindakan sivil oleh Puteri Sarah kalau kita baca laporan adalah kerana gangguan serta tulisan-tulisan atau muatnaik luahan Ira Kazar yang dikatakan satu bentuk gangguan di sosial media atau di mana-mana platform.

Jadi seperti yang dilaporkan, oleh Berita Harian dan kenyataan Puteri Sarah bahawa perbicaraan kes akan berlangsung pada Ogos 2023. Jadi untuk tuntutan ini, penulisan dan gangguan masih akan diteruskan. Perkahwinan itu tidak akan mengugurkan kes sebab tuntutannya kerana tulisan oleh Ira Kazar sebelum ini terhadap Puteri Sarah.

Setakat ini, kita belajarlah sedikit bab undang-undang dari situasi yang berlaku ini.

Oleh Nor Zabetha

Semalam bila ditanyakan oleh wartawan, apakah langkah yang boleh diambil oleh si isteri apabila si suami berkahwin dengan pihak ketiga?

Hmm..soalan ini memang boleh jawab tetapi itulah.. semuanya tentang persediaan dan perlu dipupuk dari waktu perkahwinan itu sendiri.

Saya jawab begini, jika lelaki hendak berkahwin lebih dari satu, sekiranya dia mampu dari segi kewangan dan tanggungjawab, tiada masalah.

Jadi bagaimana wanita bertanyakan nasihat tentang haknya dan tentang perlindungan? Sudah tentu wanita juga ada hak-haknya iaitu suami perlu menjalankan tanggungjawabnya tetapi ada juga lelaki jenis tidak ambil tahu.

Ada yang jenis suami, sewaktu perkahwinan pun banyak si isteri yang menanggung perbelanjaan termasuk sekolah, makan, tempat tinggal dan pakaian anak-anak dan diri sendiri. Apa entah lagi selepas dia berkahwin dua. Bab belanja sudah tentu bakal lagi tipis harapannya untuk menanggung dan entah-entah berbulan tidak nampak kelibat si suami di rumah.

Saya lihat, ramai juga yang komen “Kenapa ramai ‘bitter’, baguslah berkahwin. Poligami pun dibenarkan. Apa yang kecoh-kecoh”.

Benar poligami itu, jika ikut syaratnya dibenarkan. Ramai juga selebriti berkahwin lebih dari satu. Misalnya Salleh Yacoob, Ashraf Muslim, Ustaz Azhar Idrus. Tiada orang memberikan komen yang tidak enak. Ada ramai dalam kalangan kita juga telah menerima poligami.

Cumanya bezanya, orang jadi ‘bitter’ apabila caranya tidak betul. Ada beberapa kes yang saya kendalikan, ada wanita yang sehingga saman-menyaman antara isteri pertama dan isteri kedua atau bekas isteri kerana perli-perli tentang siapa menang dan siapa kalah. Si lelaki sayang siapa lebih? Inilah puncanya.
Sudahlah suami diambil orang dan kemudian, diperli-perli pula. Anak-anak pula dalam jagaan si isteri dan si suami tidak melawat. Emosi dan tekanan. Ada jenis wanita yang kuat dan ada yang jenis, tiada daya lagi.

Ada pula yang jenis, sudahlah diperli-perli oleh pihak ketiga dan suami pula tidak muncul-muncul. Itu yang kadang-kadang jadi ‘bitter’ kerana cara dan kaedahnya tidak betul.

Ada orang kata failkan fasakh atau berpisah atas persetujuannya tetapilah kalau semua jenis fakta kes itu sama. Ada wanita sewaktu kahwin dia rasakan ‘disangka panas sampai ke petang tetapi hujan ditengahari’. Jadi mereka tidak bersedia.

Ada wanita yang waktu berkahwin, dia berhenti kerja. Seluruh jiwa raga difokuskan kepada suami dan anak-anak. Tiba-tiba suami meninggal dunia, tidak pula diuruskan harta. Tiada hibah, tiada wasiat, tiada simpanan. Harta yang sedikit jadi rebutan adik-beradik sehingga bergaduh dan paling teruk sihir-menyihir. Kasihan isteri dan anak-anak.

Jadi nasihat saya, wanita bersedialah. Waktu perkahwinan pastikan ada harta sepencarian atau minta suami uruskan harta seperti hibah. Lebih selamat jika ada kerjaya atau ‘side income’.

Sekarang pelbagai cara boleh menjana pendapatan, jadi stokis, jadi ejen dan pelbagai cara lagi. Bersedia.
Ada kes, selama ini isteri suri rumah, nafkah suami berikan cukup-cukup atau kurang. Sehingga terpaksa meminta-minta belikan barang dapur dan nafkah anak-anak. Tiba-tiba apabila berkahwin baru, diabaikan terus dan tiada langsung nafkah. Kasihan anak-anak dan isteri pertama.

Umpama si suami memadamkan kehidupan lama. Seolah-olah tidak pernah punya anak dan isteri pertama. Dia mulakan hidup baru dan diabaikan terus anak-anak dan isteri pertama. Benar isteri boleh menuntut di mahkamah bagi tunggakan tetapi prosesnya itu panjang dan memerlukan masa. Waktu menunggu masa ini, dapur perlu berasap dan anak perlu menjalani kehidupannya, makan minum, pakai dan sekolah. Ini semua kos.

Ada si isteri bekerjaya, dia ‘asuh’ suami dari awal lagi tidak membayar segala nafkah untuk anak dan isteri. Semuannya isteri tanggung. Apabila bercerai si isteri mula menuntut hak.
Sudah terbiasa begitu, selalunya kes begini, jika berlaku penceraian memang si suami liat hendak menanggung. Jadi jangan ‘manjakan’ suami sehingga begitu. Bagus isteri membantu meringankan beban suami tetapi tidaklah sehingga tiada langsung tanggungjawab dipikul suami.

Sebab itu, wanita bersedialah sewaktu perkahwinan. Bukan semua perkahwinan itu ‘panas hingga ke petang’.

Sentiasa bersedia dan buat persiapan sama ada perpisahan kerana mati, kerana orang ketiga atau kerana hilang rasa dan cinta. Kehidupan ini, tiada siapa boleh menduga.

Oleh Nor Zabetha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *