Uncategorized

Pelanggan Naik Angin Bila Dah Beratur Lama Sekali Sampai Kaunter Diberitahu Tutup. Rakan Pekerja Dedahkan Kejadian Sebenar

Ekoran dakwaan menutup kuanter tanpa meletakkan sebarang pemakluman, seorang juruwang sebuah pasar raya yang hamil tujuh bulan dimarahi seorang pelanggan.

Menerusi hantaran berdurasi seminit dan 53 saat yang dimuat naik, @isuviralsemasa memaparkan seorang juruwang memaklumkan kaunter ditutup kepada seorang wanita yang beratur di belakang pelanggan sebelumnya.

Bagaimanapun, seorang lelaki dipercayai anak kepada wanita itu telah tiba-tiba muncul dan merakam kejadian itu dalam keadaan marah.

“Sebelum saya merakamnya, ibu saya sempat berkata, mengapa tidak memaklumkan awal-awal kuanter sudah ditutup. Dia meminta ibu saya ke kuanter lain.

“Dia siap menjeling ke arah ibu saya dan memanggil staf lain kerana enggan melayan kami,” dakwa lelaki terbabit.

Di ruangan komen, hantaran tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-rata menyebelahi juruwang terbabit.

“Kakak itu tidak salah. Fahami situasi akak yang sedang mengandung itu. Barang pelanggan masih banyak yang perlu dia ‘scan’,” ciap @sucrerosea.

“Semuanya hendak dirakam dan ditularkan. Jangan malukan dan menjatuhkan orang lain dengan cara seperti ini,” seloroh @zakhyranuar.

RUPANYA INI YANG BERLAKU

Pengguna lain, @nrlailiaa_ yang mendakwa rakan kepada juruwang tersebut berkata, ibu kepada pelanggan tersebut masih beratur meskipun sudah diberitahu bahawa kuanter sudah ditutup.

“Melihat kepada rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), pelanggan tersebut datang dalam keadaan beremosi dan memberitahu bahawa ibunya sudah beratur terlalu lama.

“Lelaki itu bertindak memprovokasi dan bertindak merakam rakan saya sedangkan jam kerjanya sudah habis pada jam 6 petang dan dia menutup kuanter pun disebabkan arahan pihak atasan,” katanya.

VIDEO:

Sumber – KOSMO! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *