Puteri Sarah Tunai Umrah, Ira Kazar Seronok Bakar Marshmallow Tarik Perhatian Ramai

Umum mengetahui pelakon Puteri Sarah hari ini berangkat menunaikan ibadah umrah ke Tanah Suci Mekah bersama dua anaknya, Syaikhul dan Sumayyah.

Bagaimanapun, keberangkatan Puteri Sarah hanya diiringi ahli keluarganya dan kelibat suaminya, Syamsul Yusof tidak kelihatan.

Sementara itu, turut menjadi perhatian apabila isteri kedua Syamsul iaitu Ira Kazar dilihat ada memuat naik video sedang membakar marshmallow bersama seseorang

Video Ira itu turut dimuat naik semula seorang pengguna TikTok. Diruangan komen perkongsian itu, ada netizen mendakwa Ira seolah membuat provikasi secara halus terhadap Puteri Sarah.

Dalam pada itu, netizen turut mendoakan buat Puteri Sarah serta mengatakan bahawa kifarah itu ada. Tidak kurang juga, ada yang menyindir kononnya tenang sedangkan tidak diterima oleh ibu mertua.

“Sedih Tengok Sumayyah, Mungkin Teringat Ayahnya..Mana Ayah Tak Datang-Datang” – Netizen

Umum mengetahui, pelakon Puteri Sarah berkongsikan hari ini dia bersama dua anaknya, Syaikhul dan Sumayyah berangkat untuk menunaikan ibadah umrah ke Tanah Suci Mekah.

Ramai tertanya-tanya apabila tidak kelihatan kelibat suaminya, Syamsul Yusof dan hanya ibu bapa serta adik-beradik Puteri Sarah yang dilihat hadir mengiringi keberangkatan mereka.

Sementara itu, menerusi TikTok ada satu video dimuat naik oleh seorang pengguna memaparkan suasana di lapangan terbang kelihatan Sumayyah dan Syaikhul sedang menunggu untuk berlepas.

Bagaimanapun, air muka anak bongsu Puteri Sarah dan Syamsul Yusof menjadi perhatian ramai kelihatan sayu seolah sedang memikirkan sesuatu atau mungkin seperti mencari ‘sesuatu’.

Rata-rata netizen mengatakan Sumayyah mungkin sedang mencari kelibat bapanya sebelum dia bersama abang dan ibunya berangkat ke Tanah Suci.

kredit:rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *