Uncategorized

PuteriSarah Akhlrnya Minta Dilpaskan. Tapi Komen Ibu SyamsulYsof Buat Rmai Trkejut

Puteri Sarah Liyana yang berdepan kemelut rumah tangga berikutan Syamsul Yusof berkahwin dua, nekad memohon cerai daripada pengarah kontroversi itu.

Melalui perkongsian di Instagram (IG), sebentar tadi, Puteri Sarah, 38, meluahkan rasa kecewa dengan sikap Syamsul yang enggan bersemuka bagi menjernihkan keadaan.

“Kepada Mohd Shamsul (nama sebenar Syamsul), oleh kerana awak ‘blocked’ saya hingga sekarang dan tidak ajak berbincang, saya minta lepaskan saya.

“Saya tidak rela dimadu dan awak seorang suami yang ‘narcissistic’,” katanya.

Reaksi Dari Ibu Syamsul Yusof

Rakan artis menasihati Puteri Sarah supaya berbincang sebelum apa-apa keputusan di buat

Terdahulu rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan t.indakan Syamsul memuat naik hantaran yang berharap kedua-duanya isterinya itu bersabar dan bertenang.

Dalam hantaran yang sama, Syamsul turut memohon doa yang baik-baik untuk mereka.

Sebelum ini, menerusi siaran langsung di IG, pelakon Lu Pikirlah Sendiri de Movie itu memberitahu, Syamsul menyekat nombor telefonnya sejak setahun lalu.

Puteri Sarah mendakwa tindakan suaminya itu menyukarkan dirinya berhubung hingga krisis rumah tangga mereka itu berlanjutan.

Jumaat lalu, Syamsul, 38, menggemparkan peminat apabila membuat pengakuan melalui video dirinya sudah bernikah dengan aktres, Ira Kazar di Thailand berwalikan bapa mentuanya, pelakon veteran Kazar Saisi.

Kemelut rumah tangga Syamsul dan Sarah mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi anak Datuk Yusof Haslam itu tidak pernah membuka mulut mengenai perkara itu.

Susulan pengakuan Syamsul, topik berkaitan kemelut rumah tangganya dan kehadiran Ira sebagai isteri kedua hangat diperkatakan sehingga ‘trending’ di Twitter.

Syamsul dan Puteri Sarah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam yang berusia lima tahun dan Summayah, tiga tahun.

kredit:bharian, ig puteri sarah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *