Uncategorized

Ramai terkedu bila tahu cara pendaki Rusia cer0boh panjat Menara Merdeka 118

Salah seorang daripada pasangan dari Rusia yang menceroboh dan memanjat Menara Merdeka 118, di Kuala Lumpur, baru-baru ini mendedahkan di Twitter, malam tadi tentang butiran bagaimana dia berjaya membolosi kawalan keselamatan dan memperdayakan pekerja pembinaan yang lain.

Angela Nikolau dengan bangga mendedahkan pengalamannya mendaki bangunan pencakar langit itu meskipun ramai di kalangan warga maya Malaysia, meluahkan rasa kecewa mereka terhadap wanita itu dan pasangannya yang “tidak menghormati” undang-undang negara ini.

Menurut Nikolau, dia telah meninjau bangunan itu untuk mengumpulkan butiran penting dan perancangannya itu termasuk menyewa sebuah apartmen dengan pemandangan Merdeka 118 yang baik selama beberapa minggu.

Dalam usaha untuk mengelak dikesan, wanita itu mengakui dia memakai tudung, bercermin mata dan berpakaian pekerja binaan, serta kemudiannya berlari ke ke tingkat 32 sebelum berehat.

“Saya terpaksa baring di atas lantai konkrit dalam keadaan separuh b0 gel untuk menyejukkan badan sedikit.

“Saya minum semua air yang ada,” katanya dalam salah ciapannya, dengan melampirkan foto dirinya yang sedar menyamar dan satu lagi tanpa berbaju.

Wanita itu, yang kini disiasat polis, mendakwa kehadirannya kemudiannya dikesan dan dia terpaksa melarikan diri dan bersembunyi di dalam sebuah kotak konkrit, selama lebih 20 jam untuk mengelakkan dirinya ditangkap.

Nikolau berkata, dia kemudian mengambil kesempatan untuk menyelinap ketika pekerja berhenti untuk berehat, dan meneruskan pendakiannya ke atas bumbung.

“Tinggi menara itu 53 tingkat – dan saya memakai beg galas seberat 15 kg. Jika kamu melihat foto sebelumnya, kamu tidak akan melihat bahagian bawahnya.

“Saya tidak pasti saya akan memanjat jika saya tahu betapa tingginya. Selepas selesai mendaki, saya tidak dapat rasa tangan saya dan tidak dapat mengangkatnya,” katanya.

Di sebalik melakukan pencerobohan dan mengakuinya, Nikolau mendakwa bahawa dia “menghormati undang-undang setiap negara”, dan bahawa dia “berhati-hati untuk tidak menyebabkan sebarang kerosakan”.

Ciapan Nikolau yang mendedahkan agaimana dia mendaki Merdeka 118 telah dilihat lebih 330,000 kali dan dikongsi hampir 1,000 kali.

Walaupun ada warga maya dari luar negara meraikan kisahnya, kebanyakan komen dan petikan ciapan oleh netizen Malaysia tidak menerima baik tindakan Nikolau itu.

Ramai juga telah “tag” pihak berkuasa termasuk polis dan Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail, serta menggesa mereka bertindak terhadap Nikolau dan pasangannya.

“Suka apabila orang kulit putih datang ke sini, melanggar undang-undang, memberitahu orang ramai bagaimana mereka melakukannya, dan masih tidak berdepan sebarang akibat,” kata seorang netizen.

Minggu lalu, polis dilaporkan berkata bahawa mereka sedang menyiasat video pendakian itu, selepas ia tular dan disebarkan di media sosial.

Sementara itu, menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi Noor Dellhan Yahaya, berkata pihak polis masih cuba mengesan kedua-dua suspek berkenaan.

Menurutnya, polis sedang menyemak dengan Jabatan Imigresen untuk menentukan jika kedua-dua mereka masih berada di Malaysia.

“Pada 31 Disember lalu, seramai sembilan individu telah dirakam percakapan. Polis juga telah mengemukakan permohonan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia untuk permohonan profiling dua individu dalam video itu.

“Kami menerima laporan analisis media sosial daripada SKMM hari ini (5 Jan), dan sedang menunggu maklum balas daripada pihak imigresen serta melakukan analisis forensik ke atas video itu,” katanya kepada pemberita.

kredit:mkini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *