Uncategorized

“Saya Dah Kata Jangan Libatkan Orang Lain,” – Air Mata Syamsul Yusof Hampir Tumpah Masa Dia Umum Benda Ni

Pengarah dan pelakon sensasi Syamsul Yusof sekali pagi menerusi sebuah video yang dikongsikan tampil menjawab dakwaan isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana di Instagram pada Rabu.

Ia antara lain susulan menjawab kenyataan dia yang didakwa telah menyekat isteri pertamanya itu daripada media sosial dan aplikasi Whatsapp, sejak setahun lalu.

Syamsul menjelaskan, dia terpaksa menggunakan platform media sosial untuk mengelak fitnah daripada berterusan.

“Saya terpaksa buat video ini di media sosial untuk menangkis tangkapan buruk, sebab itu orang kata kalau tak tahu masalah sebenar rumah tangga orang lain jangan bersuara.

“Bukanlah saya nak kata Sarah salah saya betul, anda hanya mendengar cerita sebelah pihak, terus judge saya. Saya tersepit, tapi kalau bagitahu nanti isteri nombor satu saya Sarah tambah lagi (kenyataan), bila benda ni nak habis.

“Makin saya diam, makin teruk kata-kata fitnah dari masyarakat. Ya, saya semak dengan benda ni,” kongsinya.

Pengarah filem Munafik ini menambah, dia mempunyai sebab kukuh menyekat Puteri Sarah daripada akaun media sosial dan aplikasi Whatsapp.

“Kenyataan Sarah tentang saya sekat dia di media sosial dan kata saya tak bawa berbincang… Cuba lihat balik video-video saya sebelum ini Puteri Sarahku, saya dah kata jangan libatkan orang lain.

“Ni awak nak mintak berpisah, okay tak apa kalau itu yang awak mahukan tapi kita berbincang di rumah antara saya dan awak dari hati ke hati tak perlu melibatkan orang lain,” katanya lagi.

Dakwa Syamsul lagi, dia menyekat isterinya itu kerana enggan memudaratkan hubungan mereka suami isteri.

“Kenapa saya block awak? Saya tak nak cakap tetapi untuk elak fitnah saya bagitahu. Orang kutuk saya hina saya bapa iblis dan sebagainya, tak apa saya telan.

“Saya block isteri saya kerana saya seorang yang tidak suka bergaduh. Bagaimana saya nak berkomunikasi dengan awak wahai Puteri Sarah?

“Awak sentiasa memaki hamun saya, awak dah tak ada rasa hormat, saya tak ada ruang untuk berbicara. Untuk tidak memudaratkan hubungan kita, saya block awak,” katanya.

Dalam pada itu Syamsul turut memohon Puteri Sarah supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbukan tanggapan negatif.

Katanya, dia dan Puteri Sarah tidak pernah putus berkomunikasi malah semua kehendak isterinya itu dipenuhi tanpa banyak bicara.

“Selama ni kita berkomunikasi menerusi mak awak, mak saya, adik kita atau orang gaji. Awak minta dua orang gaji, saya bagi.

“Baru tadi kita berkomunikasi sebab awak nak duitkan? Saya bagi, apa sajalah untuk anak-anak laju saya bagi sebab saya cari duit ni untuk awak, untuk anak-anak.

“Tolong jangan wujudkan persepsi kepada orang yang seolah-olah kita ni tak ada komunikasi langsung,” katanya panjang lebar.

“Takpelah Nak Minta Lepas Pun” – Puteri Sarah Dakwa Syamsul Yusof Putar Belit Cerita

Menjawab kepada penjelasan pengarah itu, Puteri Sarah meminta suaminya tak ‘play victim’ dan menuding jari ke arahnya.

Dalam hantaran di Instagram Story itu, ibu kepada dua anak ini berkata Syamsul telah memutar belit cerita sebenar. Dia bagaimanapun enggan ambil pusing memandangkan dah minta dilepaskan.

Puteri Sarah sempat berpesan supaya Syamsul tak ‘putar’ lagi cerita seandainya mereka berpisah kelak.

Terdahulu pada Jumaat, Syamsul Yusof mengejutkan ramai pihak apabila mendedahkan dia telah mendirikan rumah tangga berkahwin dengan Ira Kazar berwalikan bapa Ira, Kazar Saisi.

kredit: mhiburan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *