Ibu pengarah filem sensasi, Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail menjadi perhatian warga maya terhadap setiap komen ditulis berhubung isu perkahwinan kali kedua anaknya dan Ira Kazar.
Sejak berita perkahwinan Syamsul, 39, dan Ira di Thailand hangat diperkatakan, Patimah didapati meninggalkan beberapa komen dalam media sosial terutama membabitkan hantaran dibuat menantunya, Puteri Sarah Liyana.
“Masya-Allah gigih cari rezeki, walau hati retak seribu, semoga kebahagiaan milikmu,” tulisnya dalam satu perkongsian video promosi produk dibuat Puteri Sarah di Instagram (IG).
“Semoga Allah gantikan ‘ayah’ yang lebih baik untuk cucu-cucu saya,” tulisnya pada perkongsian foto dua cucunya, Syaikhul Islam, 6 dan Sumayyah, 4, ketika bercuti di Tokyo, Jepun, yang dimuat naik di IG Puteri Sarah.
Terbaharu, dikongsi oleh Syamsul di IG, pemandangan pantai berserta sotong bakar
Podehhh uii

Becuti di panatai
Jumaat lalu, Syamsul menerusi video yang dimuat naik di IG, mengesahkan dia sudah berkahwin kali kedua dengan Ira di Thailand pada hari itu.
Majlis akad nikah pasangan yang didakwa sudah menjalin cinta secara ‘sembunyi’ selama empat tahun itu diwalikan pelakon veteran, Kazar Saisi.
Jangan samakan konsep poligami Syamsul ikut sunnah – PU Syed
Pencetus Ummah (PU) Syed meluahkan rasa kecewa apabila seorang peguam dikenali Asiah Abd Jalil memuji konsep poligami pengarah filem, Syamsul Yusof yang mengikut sunnah Nabi SAW.
Syed menempelak kenyataan milik peguam tersebut dengan mendakwa ia dianggap sebagai penghinaan kepada Nabi SAW.
Beliau atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak turut meminta jasa baik pihak berkuasa untuk menahan peguam tersebut agar ajaran songsang diberinya itu tidak menyesatkan lebih ramai orang.
“Boleh kamu hina Nabi Muhammad SAW? Mohon Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam dan PDRM untuk ambil tindakan,” katanya.
Dalam hantaran dikongsikan oleh peguam berkenaan di laman Facebook miliknya, Asiah mengaitkan perbuatan Syamsul berpoligami sama dengan Nabi SAW.
Katanya, apa yang dilakukan oleh Syamsul mengumumkan perkahwinan keduanya bersama anak pelakon veteran, Kazar Saisi iaitu Ira Kazar adalah mengikut sunnah.
Sementara itu, bagi mempertahankan kenyataannya, Asiah membalas kritikan PU Syed dengan menasihati pendakwah itu membaca surah At-Tahrim dalam al-Quran dan memahami isi kandungan sebelum menuduhnya menghina Nabi SAW
kredit: ig Syamsul yusoff