Selama Tiga Tahun Baru Tahu Anak Bukan Dari Benih Sendiri, Ini Kata2 Tegar Buat Bekas Isteri Tak Senang Duduk

Selepas enam bulan bercerai, penyanyi terkenal Indonesia, Tegar Septian akui baru tahu selama ini bekas isterinya Sarah Sheilka berbohong bahawa anaknya Abidzar Oktaviano Putra Septian itu bukan dari benihnya.

Tegar mendakwa bekas isterinya sudah pun hamil sebelum bernikah dengannya tiga tahun lalu.

“Selama tiga tahun baru tahu selama ini saya dibohongi…ya dia sudah ada anak (hamil) sebelum bernikah,” katanya.

Tegar membongkar mengenai perkara itu di ketika Live di TikTok.
Tidak lama kemudian, Tegar mendedahkan sudah pun tahu isterinya hamil luar nikah sebelum mereka bernikah.

“Sebenarnya masa berjumpa dengannya iaitu sebelum kahwin dia sudah beritahu sudah hamil. Ketika itu selepas tiga hari kami berkenalan.

“Masa tu saya tak berfikir panjang.. Mahu tak mahu hanya teruskan saja pernikahan,” ujarnya.

Apabila ditanya pengikut laman sosial siapa gerangan bapa sebenarnya anaknya, Tegar menuduh dia adalah kekasih bekas isterinya .

“Anak siapa? tengok Instagram Sarah ada photo kekasihnya nah mungkin anak dia,” tebaknya.

Pasti dengan dakwaannya itu Tegar sedia untuk melakukan ujian pengesahan DNA

“Saya cuma tak sangka aja tapi itu Allah dah tentukannya.

“Belum test DNA tapi saya berani saja untuk lakukannya. Lagipun cuba tengok foto anak ada tak mirip saya?” soalnya.

 

Bekas Isteri Tegar Jawab Dakwaan Hamil Anak Luar Nikah! – “Kalau Dah Memang Tak Mengaku …”

Susulan pendedahan penyanyi Indonesia, Tegar Septian yang mendakwa selama ini anaknya, Abidzar Oktaviano Putra Septian bukan dari benih sendiri, bekas isteri Sarah Sheilka tampil membalas kenyataan itu.

Jelas Sarah tuduhan itu adalah sangat tidak berasas selain menyifatkan Tegar sengaja mereka cerita supaya terlepas dari memberi nafkah kepada anaknya.

“Cari sensasi, cari perhatian. Hidup mu mahu dibelas kasihan orang. Hidup mu sengsara dan susah selamanya.

“Saya baru saja kenal Fathan (kekasih) bulan Ogos 2022. Otaknya fungsi tak ni?

“Kalau dah memang tak mahu mengaku (mengaku anak sendiri) dah tak usah, ringkas kan?

“Saya pun tak rugi dan boleh saja uruskan sendiri. Lagipun kamu hanya beri cuma 500 rupiah (RM0.14). Itu pun bila diminta.

“Lagipun kerja kamu hanya main game di rumah saja,” dakwanya.

Sarah membalas pengakuan bekas suaminya di akaun Instagram (IG) Story miliknya.

Terdahulu tular video Live dibuat Tegar yang mengaku Abidzar bukan anaknya dan Sarah telah hamil sebelum bernikah dengannya.

Menjawab tuduhan bahawa kekasihnya terkini adalah bapa kepada anaknya, Sarah dakwa Tegar hanya cemburu apabila dirinya sudah bertemu serta bahagia dengan pasangan baru.

“Saya punya hak untuk buka hati lagi dan dekat dengan lelaki lain.

“Adakah kamu cemburu? Sampai datang ke tempat saya dan mahu kan saya kembali selepas saya suruh pulang?

“Setiap kali Tegar nampak saya dengan lelaki lain mesti dia akan hina saya. Padahal dia juga ada teman wanita lain dan saya pula tidak pernah pedulikannya,” jelasnya lagi.

Tegar dan isteri telah bercerai enam bulan lalu dan hasil tiga tahun perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata Abidzar Oktaviano Putra Septian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *