Uncategorized

Suami Ingat Dia Pergi Kerja, Sekali Nampak Isteri Keluar Pentas Utk Menyanyi. Ini Reaksi Suami Lepas Dapat Tahu

Peserta All Together Now Malaysia musim kedua (ATNM2), Ayu Jasrin akui sengaja membuat kejutan kepada suaminya, Lazarul hadir bersama-sama bertanding dalam program berkenaan pada minggu keempat Ahad lalu.

Kata Ayu, Lazarul tidak tahu perkara berkenaan sehingga suaminya sendiri lihat dia berada di atas pentas membuat persembahan selepas giliran suaminya.

“Dia memang tidak tahu, dia ingat saya keluar pergi kerja hari ini. Itu yang wajahnya nampak benar-benar terkejut bila saya datanh bertanding bersamanya pada hari ini. Nampaknya kejutan saya menjadi,” katanya kepada Astro Gempak.

Pun begitu, Ayu tidak dapat mengikut langkah suaminya ke final selepas tewas dengan menerima 16 markah sahaja daripada 50 juri pada malam berkenaan.

“Dia Ingat Saya Keluar Kerja…”- Muncul Sebagai Peserta ATNM2, Rupanya Isteri Tipu Demi Buat Kejutan Pada Lazarul
Bahkan, Lazarul cemerlang dengan 96 markah sekaligus melayakannya untuk mara ke final ATNM2.
Menurut Ayu, kejutan itu adalah salah satu sokongannya kepada Lazarul untuk meneruskan minatnya dalam bidang nyanyian.

“Saya tak pernah beritahu nak masuk pertandingan nyanyian ini. Saya cuma banyak suruh dan dorong dia untuk masuk program ini.

“Saya tahu dia boleh pergi jauh cuma belum ada peluang. Saya harap kali ini dia boleh berjaya untuk mencapai impiannya,” harapannya.

VIDEO:

ATNM2 mempersembahkan barisan juri yang popular dan terkenal dengan mengetengahkan 13 muka juri baharu termasuk Datuk Aznil Hj. Nawawi, Ajai, Rozita Che Wan, Shila Amzah, Nikki Palikat, Marsha Milan, Reshmonu, Vince Chong serta ramai lagi.

Datuk Syafinaz Selamat pula menggalas tugasan sebagai Kapten Juri yang baharu.

Manakala pengacara bubbly dan bertenaga, Sherry Alhadad kembali untuk mengemudi ATNM2.

Sumber : GEMPAK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *