Hiburan

“Syamsul, jangan jadi mun4fik!”-Ibu beritahu kenapa dia tak restu, tak terima perkahwinan Syamsul Yusof

Kuala Lumpur: “Syamsul, jangan jadi munafik!”

Itu reaksi ibu kepada pengarah Syamsul Yusof, Datin Patimah Ismail susulan pendedahan anaknya yang mengesahkan sudah berkahwin dengan Ira Kazar di Thailand, hari ini.

Patimah ketika dihubungi berkata, dia mengetahui semua masalah dan konflik dalaman rumah tangga yang ditimbulkan anaknya sebelum semuanya tular di media sosial.

Menurutnya, dia juga tidak merestui dan reda dengan perkahwinan kedua anaknya itu.

“Saya tak reda dan tak terima (perkahwinan kedua Syamsul). Saya baru dapat tahu tadi selepas diberitahu oleh Syamsul. Tapi saya cakap tak reda dan tak izinkan. Dia beritahu saya selepas dia berkahwin,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam masa sama, Patimah mendedahkan pengarah filem Munafik itu menafikan menjalin hubungan dan sudah berkahwin dengan Ira.

“Sebelum ini dia tak mengaku. Dia bermati-matian cakap dia tak kahwin. Orang buat fitnah katanya dan mahu saman orang yang buat cerita.

“Namun, hari ini dia mengesahkan segalanya-galanya. Sekali lagi nak tegaskan, saya tak izinkan dan tak reda atas perbuatannya itu,” katanya.

Datin Patimah Ismail bersama suaminya, Datuk Yusof Haslam.

Terdahulu, Patimah menerusi Instagram meluahkan perasaan memohon Allah memberikan yang terbaik terhadap dua cucunya yang juga anak Syamsul.

“Semoga Allah gantikan ‘Ayah’ yang lebih baik untuk cucu-cucu saya,” tulisnya.

Perkongsian ini menerima reaksi simpati dari pengikut agar doanya ini dimakbulkan.

Tidak kurang, ada yang mengucapkan terima kasih terhadapnya kerana menjadi mentua yang baik terhadap menantunya, Puteri Sarah Liyana.

Dituduh bawa keluar anak2 tanpa izin, Puteri Sarah minta Syamsul jangan ‘bebal’

Sebentar tadi, pelakon dan pengarah popular Syamsul Yusof menitipkan pesanan kepada isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana supaya kembali pulang ke rumah bersama anak-anak bagi menyelesaikan masalah rumah tangga mereka.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh pengarah berusia 39 tahun itu, dia dilihat seakan ‘menunding jari’ kepada Puteri Sarah yang sentiasa membawa anak-anak mereka keluar dari rumah tanpa keizinan seorang suami.

“Pulanglah ke rumah agar kita dapat berbincang dan tak perlu dihebahkan dalam media sosial. Bawa anak-anak kita balik.
“Apa sahaja kita berbincang di rumah tanpa perlu mengaibkan saya. Terus-terang, bawa anak-anak ke sana sini tanpa keizinnan suami, sedangkan saya masih suami awak,”ujar Syamsul.

Kalaulah anak-anak boleh beri kenyataan di mahkamah….
Terbaharu, pelakon Puteri Sarah memuat naik hantaran dengan membidas tuduhan yang dilemparkan oleh Syamsul ke atasnya kerana membawa anak-anak mereka keluar tanpa izin seorang suami.

“Kalaulah Syaikhul dan Sumayyah boleh berikan kenyataan di mahkamah, pasti mereka akan cakap ‘Ayah yang banyak kali keluar rumah tinggalkan mama, abang dan adik, bukan KITA. Di mana ayah? Selalu tiada di rumah,”tulis Puteri Sarah.

Syamsul jangan ‘bodoh’!

Dalam pada itu, pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin meminta agar suaminya tidak menunding kesalahan kepada mereka dengan menggunakan nama Allah.

“Syamsul Yusof jangan tunding ‘kebodohan’ awak kepada saya. Jangan guna nama Allah untuk membuatkan awak nampak seperti ‘angel’ di mata manusia,”ujarnya.

Sebelum ini, Puteri Sarah memaklumkan dia akan memberi kenyataan secara lebih lanjut dalam masa terdekat kerana sedang sibuk menjalani penggambaran.

Dan, dakwaan Syamsul yang juga pengarah filem sudah bernikah akhirnya terjawab apabila dia mengesahkan tentang perkara tersebut menerusi video dimuat naik di laman Instagram hari ini.

Sumber: Instagram @syamsulyusoffilm, @puterisarahliyana

kredit: hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *