Uncategorized

“Takkan Silap Sikit Nak Berhenti” – Ahli Keluarga Terkejut Dgn Tindakan Persatuan Bola Tampar

Hangat di media sosial kini mengenai dua orang remaja ditampar oleh jurulatih ketika Kejohanan Bola Tampar Remaja Bawah 14 tahun.

Susulan insiden berkenaan, bapa kepada salah seorang mangsa meminta agar netizen berhenti mengecam jurulatih berkenaan kerana yakin tindakannya memberikan sesuatu yang terbaik kepada pasukan. Eh, serius lah?

Tak tinggalkan kesan

Bapa kepada remaja berkenaan berkata bahawa dirinya tidak mengambil serius hal itu memandangkan tiada kecederaan teruk dan kesan emosi kepada anak serta seorang lagi rakannya.

Ini mungkin kali pertama dia buat, takkan silap sikit nak berhenti, buang dia kerja, maksud saya anak saya tak ada apa-apa, kalau anak saya dengan kawan dia tu memang cedera, memang patut lah dia diambil tindakan, memang tak ada apa-apa.

Malahan, dirinya juga terkejut mengenai tindakan drastik Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) yang menggantung penglibatan jurulatih tersebut meskipun beliau sudah banyak berkorban membawa pasukan itu ke tahap yang membanggakan.

Saya nak jabatan, kementerian jangan kecam cikgu itu teruk sangat, kalau boleh cikgu itu jadi balik semula jurulatih untuk anak saya, dan anak-anak saya dan kedua belah pihak pun setuju.

Mava tubuh jawatankuasa siasatan, insiden tampar atlet

Persatuan Bola Tampar Malaysia (Mava) akan menubuhkan badan siasatan bagi menyiasat kejadian jurulatih sebuah pasukan bola tampar tanpa belas ihsan menampar pemainnya.

Menurut Lembaga Disiplin Mava dalam satu kenyataan, mereka akan mengambil perhatian serius berkenaan klip video yang membabitkan jurulatih pasukan wanita Melaka Bawah 14 tahun itu.

“Jurulatih berkenaan menampar dua orang pemain pasukan berkenaan dan rakaman klip video berkenaan kini tular di media sosial,” kata Lembaga Disiplin Mava.

Ujar Lembaga Disiplin Mava badan berkenaan akan menyiasat kejadian itu serta-merta.

“Mava juga akan berhubung dengan pihak-pihak berkaitan serta mereka yang berkepentingan.

“Mava sama sekali tidak akan bertoleransi dengan sebarang penggunaan kekerasan ke atas mana-mana pihak serta bersedia mengambil tindakan selanjutnya mengikut lunas undang-undang serta perlembagaan Mava.

“Buat masa ini jurulatih berkenaan digantung daripada membabitkan diri di dalam semua aktiviti bola tampar kebangsaan sehingga siasatan selesai,” kata kenyataan berkenaan.

Kejadian itu segera mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh semalam yang cukup kesal tindakan seorang jurulatih menampar pemain bola tampar remaja perempuan itu.

Beliau berkata, pihaknya dalam usaha mendapatkan butiran lanjut berkaitan insiden berkenaan untuk tindakan susulan.

Agak-agak apa pendapat pembaca pula?

Kredit: Astro Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *