Uncategorized

Teka-teki akhirnya terjawab, Fyna Jebat buka mulut dakwaan sudah berkahwin dengan Zainal Abidin

TEKA-TEKI hubungan penyanyi Fyna Jebat dengan Datuk Zainal Abidin akhirnya terjawab apabila dia mengaku sudah bergelar isteri kepada jurulatih dan bekas pemain bola sepak itu.

Berterima kasih kepada peminat yang menitipkan ucapan tahniah, Fyna atau nama sebenarnya Nur Syafinaz Jebat, 29, meminat orang ramai mendoakan kebahagiannya.
Fyna enggan mengulas lanjut tentang pernikahannya.

“Alhamdulillah saya sudah bernikah. Jadi terima kasih banyak-banyak kepada anda yang memberi komen baik.

“Harap doakan kami dan keluarga kami,” katanya kepada mStar

.

Fyna berkongsi khabar gembira itu selepas selesai melakukan persembahan di program Famili Duo yang berlangsung di Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Selangor pada malam Ahad.

Enggan mengulas lanjut, Fyna juga memaklumkan bahwa suaminya memberi sokongan penuh terhadap penyertaannya di Famili Duo.

Alhamdulillah saya sudah bernikah. Jadi terima kasih banyak-banyak kepada anda yang memberi komen baik.

“Maaf buat masa sekarang itu sahaja. Dia menyokong penuh saya, sebab itu saya menang minggu ini,” ujarnya.

Sebelum ini, khabar angin tentang perkahwinan Fyna bersama suaminya menjadi perbualan hangat dalam kalangan warganet.
Bagaimanapun, kedua-dua pihak tidak memberikan sebarang kenyataan..

Dalam pada itu Ayda Jebat dan Fyna Jebat, gandingan adik-beradik, tidak dapat mengabaikan hasrat untuk menjuarai pentas Family Duo selepas menduduki tempat kedua selama dua minggu berturut-turut. Ketika mendakwa pasangan The Jebats adalah pasangan yang saling melengkapi, Mummy yang juga dikenali dengan nama panggung Mas Idayu membuat kenyataan positif. Di mana lagi kurangnya mereka jika bijak, tekun dan berdaya cipta dalam menyusun persembahan yang menyaingi pentas Juara Lagu?

Musim baharu Famili Duo menyaksikan idea-idea kreatif dan di luar kotak oleh 7 pasangan duo yang berentap setiap minggu. Pasangan Ayda dan Fyna Jebat membuka persembahan berpakaian serba putih dan memberi kejutan istimewa buat peminat dengan kemunculan Dato’ Jalaluddin Hassan, memainkan watak sebagai ayah mereka dalam gimik persembahan. Apabila ditemubual selepas persembahan lagu ‘I Don’t Want To Miss A Thing’ oleh kumpulan asal Aerosmith, Ayda Jebat mengakui mereka adik-beradik memang nekad untuk membawa pulang hadiah juara mingguan, namun belum rezeki mereka lagi.

kredit:mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *