[VIDEO] Tak diberi duit, laki sanggup bantai bini dengan helmet

TULAR di media sosial, memaparkan seorang lelaki memarahi serta memukul seorang wanita dipercayai isterinya tanpa segan silu di tepi jalan raya sejak Khamis.

Kejadian itu dipercayai berlaku di salah sebuah daerah di Pantai Timur berdasarkan dialek yang digunakan.

Dalam video yang dimuat naik di halaman Facebook Oh Melayu pada Khamis itu memaparkan lelaki tersebut turut melakukan kekasaran terhadap isterinya.

“Kerja la bang, jangan minta duit bini saja. Tak malu ke terpekik depan bini sampai pukul macam itu sekali.

“Isunya, bini dia kerja di kedai makan tersebut. M****t itu datang nak minta minta duit. Bini dia tak bagi,” tulisnya.

Dalam video berdurasi satu minit 47 saat itu memaparkan lelaki terbabit turut memukul kepala isterinya menggunakan helmet.

Namun, wanita itu kelihatan tenang dan dilihat tidak melawan walaupun dipukul dan ditolak beberapa kali.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa marah dengan tindakan lelaki tersebut.

Setakat berita ini ditulis, tidak dapat dipastikan punca dan lokasi sebenar kejadian itu berlaku.

Jika dilihat pada situasi kejadian, adalah tidak wajar seorang suami untuk bertindak kejam pada isterinya kerana ia boleh mengundang masalah lain.

Wanita sepatutnya disayangi dan bukan disakiti. Sekiranya anda melihat atau berhadapan dengan situasi berkenaan sila dapatkan bantuan daripada pihak polis, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), hospital dan badan bukan kerajaan (NGO). — Majoriti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *