Amalan

Wang Bantuan Budak Sekolah RM109k Lesap, Ini Cadnagan Cikgu Fadli Buat Ramai Setuju “Transfer kan senang”

Kementerian Pendidikan (KPM) mengesahkan berlaku pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) proses pengambilan wang tunai dari bank yang dilakukan seorang guru besar sebuah sekolah di Beranang yang menjadi mangsa samun di Pekan Semenyih, semalam.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pelanggaran itu membabitkan ketiadaan pengiring bersama guru berkenaan sama ada dalam kalangan guru lain atau polis sewaktu mengeluarkan wang tunai berjumlah RM109,000 yang diperuntukkan bagi bantuan awal persekolahan.

“SOP kewangan telah dilanggar sedangkan kita ada SOP yang cukup ketat iaitu jika membawa wang lebih dari RM10,000 mestilah ada pengiring, inikan pula satu jumlah yang cukup besar (RM109,000 yang hilang),” katanya kepada pemberita sewaktu lawatan kerja di Sekolah Kebangsaan (SK) Chepor, di sini hari ini.

Menurutnya lagi, pihaknya tidak akan berkompromi dengan isu berkenaan yang dianggap serius dan bagaimanapun, laporan penuh siasatan daripada polis serta Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor sedang ditunggu bagi menentukan tindakan susulan yang bersesuaian.

Sama ada kes berkenaan boleh dianggap sebagai kelalaian, beliau berkata ketika ini masih awal untuk disimpulkan selagi laporan penuh belum diterima pihaknya.

“Kita kena tunggu laporan daripada JPN Selangor secara keseluruhannya, saya tak boleh nak simpulkan selagi tak dapat laporan penuh JPN serta polis,” katanya.

Berdasarkan SOP tatacara pengeluaran wang tunai KPM, pengeluaran wang tunai dari bank oleh guru besar atau pengetua di bawah jumlah RM10,000 mesti diiringi dua guru lain dan bagi jumlah melebihi itu, adalah dinasihatkan mengambil langkah keselamatan tambahan seperti mendapatkan perkhidmatan pengiring polis jika perlu.

Ditanya mengenai sama ada pelajar yang sepatutnya menerima wang bantuan berkenaan akan kekal memperolehnya apabila wang peruntukan yang hilang itu diganti semula oleh kementerian, Fadhlina sekadar memberi jaminan bahawa hak mesti dikembalikan kepada yang berhak.

“Kita jamin akan pastikan mereka (penerima bantuan) dapat hak mereka. Kita akan lihat apa prosesnya sebab untuk SOP kewangan ini kalau hilang sebab cuai dan sebagainya akan ada proses dia (yang tertentu).

“Untuk tindakan terhadap guru besar itu, kita serah kepada JPN dan polis sebagai jaminan bahawa kes ini sedag disiasat dengan teliti,” katanya.

Lawatan kerja Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek ke Sekolah Kebangsaan Chepor Ipoh. FOTO L.MANIMARAN

Berikut pandangan dari Cikgu Fadli

“Duit lebih RM109K disamun. Duit bantuan pelajar sekolah.

“Benda libat duit ratus ribu ni, kenapa la suruh cikgu juga agih? Bukan ke maklumat murid, penjaga semua ada dalam sistem.

“Kerajaan transfer je lah terus ke acc penjaga. Tak perlu susahkan guru nak agih, penjaga nak datang beratur pula.

“Zaman makin maju, namun tindakan masih tak maju.

“Ni dah jadi kes samun, semua pihak sakit kepala. Dah mula ada tuduhan macam-macam. Pengetua ni punya perancangan la, pegawai bank berpakat dengan penjenayah la, itu la, ini lah.
“Sepatutnya kena ada polis pengiring iring bawa duit banyak ni. Tapi tu lah, katanya pengetua tu tak mohon polis pengiring.

“Tapi kan, polis pun penuh dengan tugas yang tak pernah habis. Transfer kan senang?

“Hmmmm.

Posting dari Cikgu Fadli telah mencapai 11 ribu tanda suka, dan mendapat 418 perkongsian dari netizan

Sudah 10 tahun keluar wang tanpa polis pengiring

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan dilapor berkata, pihaknya tidak mendapat permohonan pengiring daripada guru besar berusia 50 tahun berkenaan untuk tujuan pengeluaran wang yang hilang itu malah guru besar terbabit memberi alasan sudah biasa mengambil wang bantuan awal persekolahan tanpa pengiring pihak polis sejak 10 tahun lalu.

Wang bantuan berkenaan dikatakan dilarikan oleh penjenayah, semalam apabila difahamkan ia baru saja dikeluarkan oleh guru berkenaan dan meletaknya dalam beg yang diletakkan di tempat duduk penumpang hadapan kereta sebelum cermin kenderaannya itu dipecahkan ketika pergi membeli minuman dalam tempoh kira-kira 10 minit.

Dalam perkembangan lain, Fadhlina mengumkan peruntukan RM150,000 kepada SK Chepor untuk penyelenggaraan dan pembaikan beberapa fasiliti sekolah seperti tandas serta tembok pagar sekolah serta RM400,000 kepada SK Seri Tanjung, Tanjung Rambutan yang dilawatinya sebelum itu juga bagi tujuan menyelenggara sekolah yang disifatkan daif itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *