Uncategorized

Zahid Hamidi ada bisik bedna ni kat KJ ketika bersalaman buat KJ rasa gembira

KUALA LUMPUR – Hanya ucapan ringkas “Ready to fight” diucapkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika bersalaman dengan Timbalan Ketua UMNO bahagian Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Melalui satu video yang dimuat naik melalui Instagram Khairy Jamaluddin, Timbalan Perdana Menteri itu mengucapkan perkataan ringkas tersebut ketika bersalaman dengan bekas Menteri Kesihatan semasa hadir pada Perhimpunan Agong UMNO 2022 (PAU2022) semalam.

“Ready to fight (sedia untuk berlawan),” jelas Ahmad Zahid ringkas.

Ucapan itu dipercayai diucapkan selepas bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang mengeluarkan kenyataan menyifatkan tindakan 126 ketua bahagian yang inginkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertanding dalam pemilihan parti sebagai suatu ‘kegilaan’.

Jelasnya, tiada mana-mana individu yang wajar membenarkan demokrasi dalam UMNO dimatikan.

“Hentikan kegilaan ini. Saya rasa presiden seorang pejuang yang tidak gentar menghadapi pencabar. Buka ruang pertandingan.

“Jangan mati demokrasi dalam UMNO, apakah para perwakilan dan akar umbi tidak punya hak memilih ketua mereka,” katanya di Instagram rasminya semalam.

‘Ready to fight’, itu ayat yang dikeluarkan oleh Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi ketika ‘bertembung’ dengan Khairy Jamaluddin.
Khairy dilaporkan akan mencabar jawatan Presiden dalam pemilihan Umno akan datang. Khairy juga memberikan penghormatan kepada Ahmad Zahid kerana berani dan tidak menutup ruang demokrasi dalam Umno.

KOSMO! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *