“Abang Jep, kenapa tak cur4ng dengan bini? Abang Jep takut bini ke..”-Tengok Jawapan Jep, Buat Ramai Respek

Semenjak sudah berumah tangga, Jep kerap kali dilihat berhati-hati dalam membawa watak apabila digandingkan dengan artis jemputan wanita. Hal itu mencuri perhatian umum dek kerana caranya yang menghormati perasaan si isteri.

Baru-baru ini, Jep telah menjawab soalan dari peminat di Tiktok mengenai isu curang

Abang Jep, kenapa tak curang dengan bini? Abang Jep takut bini ke?” soal seorang pengikut tikotk Jep

“Ni bukan masalah takut bini, tapi lebih pada hargai bini, bini abang Jep ni lah terima abang Jep seadanya

“Susah senang bersama abang Jep, terima abang Jep dikala waktu susah abang Jep, abang Jep sayang Kak Yanti” tulis Jep

Jawapan yg sungguh ingin didengar oleh semua para isteri. Mantap jep!

Baru-baru ini, Jep sempat berkongsi detik pengenalan bersama suri hatinya, Sari Yanti yang sekali lagi mencuri perhatian warganet dengan sikapnya yang dianggap ‘gentleman‘.

Minta izin jaga Sari Yanti

Menerusi rakaman yang dimuat naik di TikTok, Jep menyatakan dia hanya menghubungi pelakon wanita tersebut menerusi mesej sebelum dirinya berjumpa kedua ibu bapa Sari Yanti untuk langkah seterusnya.

Lepas mesej, pastu ada keluar bersama. Kita cakap yang kita tak main-main.

Jika memang okay, saya memang nak jumpa ayah dia.

Pelawak berkenaan tenang menjawab segala persoalan daripada rakan sekerjanya yang turut berada di konti ketika itu.

Malah, Jep sempat berseloroh untuk ‘sound’ ayah kepada Sari Yanti dan membuatkan keadaan ketika itu meriah dengan gelak tawa.

Walau bagaimanapun, Jep segera memperbetulkan maksudnya dengan gurauan yang disampaikan. Menurutnya, dia ingin menyuarakan isi hatinya untuk mengambil alih tanggungjawab ayahnya dalam menjaga Sari Yanti.

Gentleman la

Untuk rekod, Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin mendirikan rumah tangga bersama Sari Yanti pada 25 Februari 2017 dan dikurniakan tiga cahaya mata.

Jep merupakan bekas anggota kumpulan lawak, Sepah yang telah menjuarai pertandingan Raja Lawak musim ketiga pada tahun 2009.

Perpecahan kumpulan Sepah membawa kepada penubuhan kumpulan baharu dinamakan sebagai ‘Sepahtu’ yang turut dianggotai Shuib, Rahim dan Ilya (Pak Ya).

Biodata
1. Nama sebenarnya, Mohd Nadzri bin Zainal Abidin. Menggunakan nama komersial, Jep Sepahtu.

2. Lahir pada 9 April 1985 di Kulai, Johor. Kini berusia 34 tahun.

3. Berketinggian 1.85 meter.

4. Anak keempat daripada tujuh orang adik-beradik.

5. Merupakan pelawak, pelakon, pengacara dan penyampai radio yang berkecimpung dalam dunia hiburan sejak tahun 2009.

6. Mula popular selepas memenangi pertandingan realiti komedi, Raja Lawak 3 (musim ketiga) 2009 menerusi kumpulan Sepah yang turut dianggotai Shuib dan Mamat. Mereka juga merangkul gelaran juara Maharaja Lawak 2011.

7. Selepas berpecah, Jep bersama Shuib menubuhkan kumpulan baharu dinamakan sebagai Sepahtu.

8. Kerjaya Jep terus berkembang dengan beberapa pencapaian seperti menjuarai pertandingan Super Spontan 2013 dan Maharaja Lawak Mega 2013, naib juara Maharaja Lawak Mega 2014, Artis Komedi Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 dan Artis Lawak MeleTOP di Anugerah MeleTOP Era 2019.

9. Pernah membintangi filem Sofazr The Movie – Jiwa Kacau, Sepah The Movie dan Oh Mak Kau.

10. Kemunculannya di layar kaca antaranya menerusi Sepahtu Cinta Plastik, Bujang Sepah Lalalitampom, Meja Bulat Sepahtu dan Sepahtu Reunion.

11. Turut berkhidmat sebagai juruhebah di konti radio Sinar FM menerusi segmen Pagi di Sinar yang antara lain menampillan pelawak Rahim dan Angah.

12. Menamatkan zaman solo dengan aktres Sari Yanti pada 25 Februari 2017 sebelum dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Dariya Inara pada 25 April 2018.

kredit: tiktok Jep sepahtu, https://iluminasi.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *