Aeril Zafrel Slumber Puji Sophia Albarakbah Manja, Tapi Reaksi Wawa Zainal Tarik Perhatian

Kuala Lumpur: Pelakon, Wawa Zainal meminta semua pihak berhenti bertanya sama ada timbul marah atau perasaan cemburu apabila tular video temu bual yang memaparkan suaminya, pelakon Aeril Zafrel memuji perwatakan pelakon, Sophia Albarakbah, baru-baru ini.

Menerusi hantaran di Instagram Story, Wawa menjelaskan bahawa suaminya sekadar menggambarkan perwatakan rakan pelakonnya itu, yang dianggap seorang yang manja.

“Mengenai kenyataan Aeril memuji perempuan lain manja itu, saya okay saja. Dia gambarkan kawan dia sebagai orang yang bagaimana.

“Okay saja. Jadi, berhenti tanya saya ‘tak marahkah?’ dan ‘tak terasakah?’,” tulisnya.

Menurutnya, dia pada awalnya tidak menganggap itu sebagai satu isu, namun terpaksa ‘merajuk’ selepas beberapa ketika.

“Sejujurnya, semasa mula-mula tengok video itu, saya okay saja. Tapi, bila ramai sangat netizen membuat spekulasi, ‘bini dia okaykah?’, ‘aku kalau laki (suami) aku puji perempuan lain …’ dan macam-macam lagi, saya terus terasa.

“Normalkah kalau aku tak rasa apa-apa tadi ya? Jadi, saya buat-buatlah merajuk sekejap!” tulisnya.

Sebelum itu, Wawa sempat berkongsi video yang dimuat naik rakannya, memaparkan dia bertanya kepada Aeril sama ada dia cukup manja atau tidak.

Terdahulu, muncul di media sosial video Aeril menjawab pertanyaan mengenai sikap dan pengalamannya bekerjasama dengan Sophia.

“Bagi saya, dia baik, lemah lembut. Perwatakannya manja. Mungkin ada yang senang jatuh hati,” katanya.

PELAKON Aeril Zafrel tidak menafikan mana-mana lelaki yang mengenali aktres Sophia Albarakbah pasti akan terpikat hati dengan karakter wanita itu yang baik dan manja.

Pernah bergandingan bersama Sophia dalam drama Tercipta Satu Ikatan pada 2021, Aeril atau Suhairil Sunari, 35,mengakui pelakon cantik itu memiliki karakter yang mempersona dan menyenangkan.

“Bagi saya dia seorang wanita yang baik. Dalam karakter atau pun di luar karakter, dia pun manja juga. Kalau orang yang senang terasa mungkin mudah jatuh hati.

“Itu pendapat sayalah. Tapi kita anggap perkara itu hanya kawan sahaja. Cuma jangan ada salah faham sahaja,” katanya kepada mStar.

Aeril berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada sidang media drama baharu TV3 untuk bulan Februari yang diadakan di Park 28, Mutiara Damansara, Damansara pada Rabu.

Dalam pada itu, Aeril memberitahu setiap kali bergandingan bersama pelakon wanita, dia akan berterus terang menjelaskan hubungan mereka di set penggambaran hanyalah atas dasar kerja.

Ini selepas kemesraan yang ditunjukkan di hadapan kamera disalah tafsir hingga terbawa ke luar set penggambaran.

<img class=”alignnone size-large wp-image-34932″ src=”http://limauasamboi.pw/wp-content/uploads/2023/02/emm-1024×538.jpg” alt=”” width=”640″ height=”336″ />

“Saya akan cakap dengan heroin kami hanya berlakon dan tidak lebih daripada itu sebab pernah terjadi bila saya lupa beritahu tentang hal itu, ada pelakon wanita yang cakap saya nak try dia.

Dalam karakter atau pun di luar karakter, dia pun manja juga. Kalau orang yang senang terasa mungkin mudah jatuh hati.

“Mungkin saya terlalu membawa karakter sehingga di belakang kamera membuatkan dia salah sangka. Sejak daripada itu saya akan berterus terang sahaja,” ujarnya.

Dalam pada itu, aktor ini juga bersyukur kerana diberikan kepercayaan oleh isterinya iaitu Wawa Zainal yang sentiasa memberikan sokongan atas apa yang dilakukan.

“Wawa dah beri sepenuh kepercayaan dengan saya jadi saya tidak boleh merosakkan kepercayaan yang diberi. Kami pun sangat transparent, dia boleh pegang telefon bimbit saya, saya boleh tengok telefon dia.

“Saya tidak boleh buat benda tu (curang). Ramai orang bergantung harap dengan saya. Kalau nama saya tercemar disebabkan perangai saya, ramai yang akan menanggung kesannya,” katanya.

Dalam perkembagan lain, Aeril bakal membintangi drama Serpihan Sayang bersama pelakon Fasha Sandha yang akan disiarkan bermula 22 Februari depan, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di TV3.

Selain Aeril dan Fasha, drama berkenaan turut dibarisi barisan pelakon terkenal termasuk Elisya Sandha dan Shah Jaszle.

kredit: mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *