Wanita yang dikaitkan sebagai orang ketiga akhirnya tampil memohon maaf kepada isteri Hafidz Roshdi dan dua anak mereka iaitu Humairah dan Umar.
Menerusi satu hantaran di Instagram, wanita dikenali sebagai Athira Yuhada berkata dia dah cuba untuk mengelak selama 9 tahun pelakon itu cuba mendekatinya.
Namun, dia akhirnya kecundang kerana kesian dengan keadaan kesihatan mental Hafidz yang didakwanya tak berapa baik.
Tegasnya lagi, hubungannya dan Hafidz dah lama berakhir.

Terbaru, isteri Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada menjelaskan beberapa fakta yang bercanggah dengan keterangan Athira Yuhada.
Katanya, berdasarkan bukti yang dilihat dengan matanya sendiri, Hafidz Roshdi dan wanita itu masih berhubungan sehingga 25 Januari lalu.
Nurul Shuhada juga menasihatkan Athira supaya tak menuding jari kepada Hafidz seorang kerana jika bertepuk sebelah tangan ianya tak akan berbunyi.
Katanya jumpa pada sekian-sekian waktu tapi tiba-tiba 9 tahun kena try? Wow hebatnya you dikejari
Dia menyerahkan segala bukti yang ada kepada peguam untuk menyelesaikan perkara ini dengan cara yang lebih adil.
Kredit: Instagram shushukriii