Banyak Yang Tak Di Sangka, Berikut Senarai Keputusan Pemenang AJL 2023

Pertandingan muzik tahunan yang popular, iaitu Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL 37) berlangsung pada 12 Februari 2023 pukul 9 malam di Axiata Arena, Bukit Jalil.

12 finalis bersaing terdiri daripada penyanyi berpengalaman dan muda, untuk memenangi trofi sekaligus mementaskan persembahan dan gimik yang luar biasa, di atas pentas yang memiliki prestij tinggi itu.

Pencalonan bagi 12 lagu dipelopori oleh penyanyi-penyanyi generasi baru dan juga bintang-bintang berpengalaman iaitu Ernie Zakri, Alif Satar & The Locos, Aina Abdul, Marsha Milan Londoh, Noki, MK K Clique, Joe Flizzow, Shila Amzah, Liza Hanim, Dayang Nurfaizah, SonaOne, Shiha Zikir, Naim Daniel, Khai Bahar, Iman Troye dan Amir Masdi.

Penghargaan untuk pencarian lagu terbaik tempatan itu menggabungkan dua pengacara wanita terkenal, Jihan Muse dan Sherry Alhadad, untuk julung kali.

AJL 37 juga membawa anjakan baru dengan memfokuskan tema ‘Dimensi Muzik’ yang memperlihatkan kerancakan suasana industri muzik tanah air dengan karya dari pelbagai genre dan generasi.

Untuk mereka yang tidak dapat menyaksikan persembahan langsung di Axiata Arena, AJL37 dipancarkan melalui saluran TV3 dan juga dapat disaksikan secara dalam talian (online) melalui laman Tonton pada waktu yang sama.

Pada edisi sebelumnya, lagu “Pelukan Angkasa” yang merupakan hasil kerjasama nyanyian antara kumpulan SOG dan penyanyi Shila Amzah berjaya meraih kemenangan dalam kategori utama, Juara Lagu.

Ini pula karya-karya terbaik yang diiktiraf dalam acara musim ini, membawa pulang trofi bagi kategori-kategori yang dipertandingkan.

Keputusan AJL 2023 / Anugerah Juara Lagu

1. Juara Lagu -Aina Abdul

2. Tempat Kedua -Joe Flizzow & SonaOne

3. Tempat Ketiga -Alif Satar & The Locos

4. Vokal Terbaik -Aina Abdul

5. Persembahan Terbaik – Shiha Zikir

6. Anugerah Khas Penyanyi Pilihan Penaja Utama -Khai Bahar

Antara yang bakal memberikan persaingan sengit bagi merebut gelaran juara adalah pasangan duet, Dayang Nurfaizah dan Amir Masdi yang mempertaruhkan lagu Debu.

Lagu ciptaan Mas Dewangga, Jova Devito, Firdaus Rahmat, Mike Chan, Karim Karam dan Acap Salim itu dikatakan memiliki kekuatan tersendiri, selain kehebatan aura Dayang yang pernah merangkul trofi AJL 31 serta dinobatkan pemenang kategori Vokal Terbaik selama tiga tahun berturut-turut.

Bakal memberikan persaingan sengit lagu Anugerah Terindah nyanyian Alif Satar & The Locos yang dicipta penyanyi tersebut bersama Romeo, Tam Cobain dan Arwis, manakala lirik ilham bersama Alif, Shah Shamshiri dan Romeo.

Sementara itu, keampuhan vokal Ernie Zakri yang menyandarkan harapan pada lagu Korban juga dilihat antara peserta yang tidak akan pulang dengan tangan kosong.

Bagaimanapun, kehadiran penyanyi Aina Abdul mampu memberi saingan sengit buat Ernie memandangkan penyanyi berusia 29 tahun itu juga memiliki karisma tersendiri, selain diangkat sebagai pemenang Vokal Terbaik, AJL 36.

Aina yang membawakan lagu Terus Hidup juga dijangka kembali mencuri perhatian menerusi penampilannya yang sentiasa membawa kejutan kepada peminat.

AJL 37 turut menyaksikan persaingan daripada penyanyi seperti Marsha Milan Londoh yang mempertaruhkan Kembali Terang; Iman Troye (Nang); Shila Amzah dan Liza Hanim (Bahagiakan Dia); Joe Flizzow dan Sona One (Satu Malam Di Temasek).

Turut berentap bagi memburu gelaran juara adalah Noki dan MK (Payung Pelangi); Khai Bahar (Sengsara); Shiha Zikir (Irama) dan Naim Daniel (Mainan).

Bagi menghangatkan dan memeriahkan lagi perjalanan AJL 37, dua pengacara sensasi, Sherry Al Hadad dan Jihan Muse bakal bergabung mengendalikan acara tahunan yang sentiasa dinanti pencinta muzik.

Menerusi Twitter miliknya, Neelofa menunjukkan sokongan terhadap Alif Satar yang mempertaruhkan lagu Anugerah Terindah dan Aina Abdul menerusi Terus Hidup.

Meskipun tidak menyebut siapa bakal bergelar juara, namun Neelofa menjangkakan Alif dan Aina bakal mengungguli gelaran juara AJL37.

kredit: mhiburan,https://iluminasi.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *