PELAKON Nad Zainal enggan ditemu bual pihak media bagi menjawab beberapa persoalan termasuk pernikahannya dengan aktor Ungku Ismail kerana tidak mendapat keizinan suami memberi sebarang kenyataan.
Nad atau Farah Nadia Zainal Abidin, 33, sebaliknya berkata, dia akan tampil bersama Ungku Ismail menerusi sebuah video yang akan dimuat naik di media sosial dalam tempoh terdekat.
“Saya akan jawab segala persoalan dan akan memberi pencerahan kepada rakan media. Ada perkara yang saya tidak boleh kongsikan.
“Dalam video itu nanti, saya dan suami akan jelaskan. Kalau boleh sebarang kenyataan saya mahu lalukan bersama suami.
Pasangan ini berkahwin pada 23 Januari lalu.
“Sekiranya dia (Ungku Ismail) tiada, saya tidak mahu bercakap. Kami sudah pun membuat perjanjian untuk menjelaskan segala persoalan bersama-sama,” katanya kepada mStar.
Nad berkongsi perkara itu ketika ditemui di lokasi penggambaran drama Mendarat Ke Syurga yang diadakan di Petaling Jaya pada Ahad.
Dalam pada itu, ditanya mengapa memilih untuk memberi kenyataan menggunakan media sosial, Nad tetap dengan pendirian asal untuk tidak menjawab sebarang pertanyaan.
“Tiada komen untuk masa ini,” katanya ringkas.

Dah kahwin pun masih dipertikai?
Khabarnya, Nad juga sudah kembali ke lokasi penggambaran untuk telefilem terbitan Zeel Production, Mendarat Di Syurga yang turut dibintangi Syafiq Kyle dan Siti Saleha.
Ketika pasangan itu sedang mengecap bahagia, nampaknya ada pula cakap-cakap belakang mengenai mereka. Bukan mempertikai keputusan drastik mereka untuk bernikah.
Sudah sampai seru dan kedua-dua keluarga juga merestui, jadi apa ditunggu lagi? Cuma yang tidak enak didengar, ada pihak mengungkit mengenai kutipan yang dibuat ketika Nad menerima rawatan disebabkan pendarahan paru-paru sebelum ini.
Ungku Ismail telah menjelaskan ke mana wang kutipan itu disalurkan. Masih ada yang mempertikai.
Terdahulu, kira-kira 10 media hadir untuk membuat liputan penggambaran telefilem Mendarat Di Syurga sekali gus meminta penjelasan daripada pelakon drama Cina Buta itu mengenai isu perkahwinannya, dana rawatan ketika dimasukkan ke hospital serta dakwaan yang mengatakan dia ‘bergaduh’ dengan beberapa rakan selebriti.
Untuk rekod, Nad mendirikan rumah tangga bersama Ungku Ismail yang juga perkahwinannya buat kali kedua pada 23 Januari lalu.
Bagaimanapun, berita tentang perkahwinan itu hanya dikongsikan mereka kepada umum pada 29 Januari, kira-kira seminggu kemudian.
Sumber : HMETRO ONLINE
Untuk rekod, Nad mendirikan rumah tangga dengan Ungku Ismail Ungku Aziz, 38, pada 23 Januari lalu sebelum berkongsi mengenai khabar gembira itu secara umum enam hari kemudian.
Sebelum ini, Nad pernah berkahwin dengan Muhammad Faliq Amirullah pada 2015 namun pasangan itu bercerai pada 2022.
Perkahwinan itu turut dikurniakan dua cahaya mata iaitu Fahad Ibrahim dan Budi Kalsom.